Komunikasi korporat perlu sektor awam diperkasa semula

Komunikasi korporat perlu sektor awam diperkasa semula

BAGI sektor kritikal perlu dibekalkan tenaga kerja sementara sebelum perjawatan baharu diwujudkan sekali gus mampu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

REFORMASI merupakan proses perubahan yang berlaku bagi membolehkan organisasi kekal relevan dan mampu bersaing sebagai reaksi terhadap perkembangan semasa.

Reformasi adalah satu penciptaan paradigma baharu melibatkan perubahan struktur dan sistem, kaedah pengurusan kompetensi dan profil pekerja serta pengeluaran.

Enam prinsip bagi mendekatkan perkhidmatan awam dan rakyat, iaitu turun padang (pasang telinga dan buka mata); kerjasama awam-swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); insaniah (keseimbangan rohani dan jasmani); keterbukaan (minda terbuka, mudah didekati); kekitaan (meraikan perbezaan mengukuhkan persamaan) dan musyawarah (penerangan, penglibatan dan ekspektasi yang jelas).

Dalam konteks reformasi dalam perkhidmatan awam, ia dilaksanakan untuk memastikan sektor ini terus cemerlang dalam memainkan peranan sebagai tunjang pentadbiran negara.

Reformasi dalam perkhidmatan awam bukanlah satu fenomena asing bagi sesebuah negara.

Perubahan dilakukan untuk membawa pembaharuan dalam perkhidmatan awam merupakan gerakan global berterusan yang berlaku di seluruh dunia sejak sekian lama.

Perubahan ini dilihat sebagai satu proses penyesuaian bagi membolehkan perkhidmatan awam kekal relevan dengan keadaan dan tuntutan semasa.

Dalam konteks pegawai penerangan atau pegawai perhubungan awam di setiap kementerian dan jabatan, perlu diberikan latihan dan bimbingan secara konsisten mengikut tempoh masa tertentu selain menyediakan akademi untuk melatih mereka cekap dan kompeten sejajar keperluan semasa pihak berkepentingan mengikut sukatan semasa bagi memenuhi tugas di organisasi awam pada masa ini.

Kursus-kursus perlu dikaji semula termasuk ke luar negara selaras perubahan pesat teknologi komunikasi dunia bagi memenuhi keperluan tugas yang semakin mencabar. Laluan kerjaya dan kebajikan perlu dipertingkat termasuk cadangan pemberian elaun keraian atau kritikal khas dan keperluan membekalkan peralatan komunikasi yang lebih baik kepada mereka.

Pergiliran pada setiap lima tahun perlu dilakukan bagi membolehkan mereka menimba pengalaman baharu selain mengelak daripada bekerja dalam tekanan lanjutan kerja berlebihan atau berada dalam zon selesa kerana telah berada lama di sesuatu tempat bertugas. Pengiktirafan perlu diberikan kepada yang melaksanakan tugas dengan baik.

Bagi sektor kritikal seperti hospital dan institusi pengajian tinggi, perlu dibekalkan tenaga kerja sementara sebelum perjawatan baharu diwujudkan sekali gus mampu mewujudkan persekitaran kerja lebih kondusif.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN