Scammer guna nama PTPK pula

Scammer guna nama PTPK pula

TAKTIK baru penipuan menggunakan nama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk ‘mencuri’ duit orang ramai.- FB PTPK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya menerima panggilan daripada seorang ‘peguam’ mewakili Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sekitar 11.30 pagi. Pemanggil yang kononnya peguam itu memberitahu, saya akan dikenakan tindakan mahkamah. Ia ekoran saya merupakan penjamin kedua kepada seorang pelajar yang gagal menjelaskan pinjaman.

Kemudian pada hari sama pukul 2 petang, saya menerima pula panggilan daripada PTPK yang mengatakan saya dikenakan saman.

Pemanggil meminta saya menjelaskan hutang sebelum pukul 4 petang pada hari sama. Sekiranya gagal, mereka akan menghantar fail ke Mahkamah Shah Alam dan kemungkinan saya dikenakan denda sehingga RM18,000 sedangkan wang yang kononnya dipinjam oleh peminjam itu tidak lebih RM6,000.

Pemanggil turut mengatakan sekiranya saya membayar hutang sebelum waktu yang ditetapkan, maka saman itu boleh dibatalkan. Saya meminta pemanggil tempoh beberapa hari dengan alasan untuk mencari keluarga peminjam yang telah terputus hubungan.

Pada pukul 4 petang, mereka sekali lagi menelefon bertanyakan tentang bayaran. Begitu juga keesokan harinya. Bila minta surat saman, mereka kata sudah di tangan peguam.

Apa yang pelik, bagaimana peguam boleh mengetahui tentang data peminjam, penjamin dan bank sekiranya tiada pihak-pihak tertentu yang terlibat?

Untuk kes ini, saya telah berhubung dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mereka meminta saya untuk tidak melayan panggilan tersebut selain meminta saya hubungi pejabat PTK bagi mendapatkan maklumat lanjut.-UTUSAN

MARIAH
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya