Pahala buat mereka yang menyediakan makanan berbuka

Pahala buat mereka yang menyediakan makanan berbuka

KESUKARAN dan kesulitan yang dihadapi untuk menyediakan juadah berbuka dalam keadaan berpuasa akan menerima pahala setimpal dengan usaha dan kepenatan seseorang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BULAN Ramadan kaya raya dengan kelebihan pahala serta ganjaran berlipat kali ganda di atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Kesempurnaan kapsul orang yang berpuasa dilengkapkan dengan melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

“Demi masa! Sesungguhnya insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr:1-3)

Malah Rasulullah SAW turut berpesan dan menggalakkan amalan-amalan sunat sepanjang bulan Ramadan seperti solat tarawih yang ditutup dengan solat witir pada setiap malam selepas solat Isyak selesai dilaksanakan, bersedekah, menunaikan umrah dan memberi makan orang yang berbuka puasa.

Umat Islam amat digalakkan menyediakan makanan berbuka untuk mereka yang berpuasa dan diberi ganjaran pahala sebagaimana orang berpuasa. Pun begitu, ini bukan bermakna individu yang tidak berpuasa terlepas daripada kewajiban berpuasa apabila menyediakan juadah kepada orang yang berpuasa.

Deduktifnya, kesukaran dan kesulitan dihadapi untuk menyediakan juadah berbuka dalam keadaan dia berpuasa akan menerima pahala yang setimpal dengan usaha dan kepenatannya.

Allah SWT tidak meremeh-remehkan usaha tersebut dan ia tidak sia-sia malah dianugerahi pahala berlipat kali ganda. Malah doa orang yang berpuasa adalah mustajab dan diperkenan oleh Allah SWT.

Bunga mawar harum di taman,
Dipetik oleh teruna idaman,
Sambutlah Ramadan dengan senyuman,
Sucikan hati, jernihkan fikiran,
tingkatkan iman.-UTUSAN

DR. AIZAN ALI @ MAT ZIN
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya