Mengapa salahkan Presiden UMNO pula?

Mengapa salahkan Presiden UMNO pula?

MUHYIDDIN Yassin (kanan) hadir bagi mengikuti perkembangan kes melibatkan Wan Saiful Wan Jan yang didakwa atas pertuduhan rasuah kes Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENDAKWAAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini mendapat reaksi balas daripada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa ia dirancang oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak betul bahkan telah terdapat bukti-bukti kukuh berserta saksi dalam perbicaraan.

Bagi saya, sekiranya dakwaan itu merupakan rancangan Ahmad Zahid adalah tidak berasas. Daripada beliau merancang untuk wujudkan kesalahan itu, lebih baik Ahmad Zahid menyelesaikan kes mahkamah melibatkan dirinya.

Seandainya pemimpin Bersatu tidak bersalah, buat apa menggelabah?

Sebagai pengundi di Parlimen Tasek Gelugor, saya berasa tertipu dengan kemenangan ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang kelibatnya sehingga sekarang belum muncul-muncul di kawasan itu. Tahu-tahu beliau disabitkan dengan dua kes yang dikaitkan suapan rasuah bernilai PM9.6 juta.

Jika beginilah keadaan wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN), sudah pasti negara akan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dalam keadaan tempang. Lebih-lebih lagi wujud dakwaan beberapa pemimpin Pas juga akan turut didakwa ke mahkamah.

Lebih mengecewakan, ahli Parlimen dari pihak pembangkang semasa perbahasan di Dewan Rakyat tidak banyak membawa isu rakyat sebaliknya hanya menyerang peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN