Mengagumi ciptaan tuhan melalui kemajuan teknologi - Utusan Malaysia

Mengagumi ciptaan tuhan melalui kemajuan teknologi

SENSOR boleh menjadi saksi kepada apa yang berlaku di kawasan pemantauannya. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELBAGAI kemajuan teknologi telah dicapai manusia sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 termasuk internet kebendaan (IoT). Ia membolehkan aktiviti seperti pemantauan dan pengesahan menggunakan sensor-sensor kecil yang dipasang pada objek atau lokasi yang dihubungkan dengan internet.

Data-data yang dipungut oleh sensor ini akan dikumpul dan dianalisis untuk menentukan tindakan seterusnya yang perlu dilakukan. Dianggarkan kini terdapat 20 bilion peralatan IoT digunakan di seluruh dunia.

Bilangan ini dijangka meningkat dengan cepat kerana IoT telah membantu automasi yang membolehkan kerja-kerja seperti pemantauan dilakukan dengan lebih cepat dan cekap berbanding kaedah manual.

Sensor IoT dapat merekodkan data-data yang tertentu berdasarkan fungsi yang terbina padanya. Contohnya sensor IoT untuk suhu dapat memantau suhu seperti suhu bilik atau suhu tubuh pesakit dan menghantar bacaannya ke sistem pusat bagi tindakan seterusnya.

Sebelum penggunaan sensor IoT ini, proses pemantauan suhu ini dilakukan secara manual. Dengan menggunakan teknologi IoT, sensor suhu boleh menghantar bacaan pada sela masa yang ditetapkan atau menghantar bacaan apabila terdapat kenaikan suhu tidak normal.

Pekerja yang memantau ini boleh memeriksa suhu setiap bilik hanya dengan menggunakan telefon pintar mereka. Pelbagai lagi jenis sensor boleh menjadi saksi kepada apa yang berlaku di kawasan pemantauannya.

Sekiranya direnungkan, teknologi ini seharusnya dapat mengingatkan kita tentang perkara yang pernah kita pelajari berkenaan dengan saksi pada hari kiamat. Allah SWT menjadikan tangan dan kaki sebagai saksi perbuatan yang telah kita lakukan di dunia ini.

Sistem penyimpanan data manusia tidak mampu untuk menyimpan segala yang dirakamkan oleh sensor berbanding kehebatan penyimpanan data ciptaan Allah SWT. – UTUSAN

PROF. MADYA DR. HAIRULNIZAM MAHDIN & ABU HANIFA ABU MUKHTAR, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.