Kerajaan Selangor harus tepati janji - Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor harus tepati janji

ORANG Asli suku Temuan menghargai usaha kerajaan Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GABUNGAN 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) begitu prihatin berkenaan dengan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) dan ingin mempertahankan hutan itu bagi generasi yang akan datang.

HSKLU berhampiran Cyberjaya ialah hutan paya gambut yang jarang-jarang ditemui dan menjadi habitat semula jadi untuk haiwan yang diancam kepupusan.

Pihak kami menyeru kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari segera bertindak mewartakan semula HSKLU sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Perkara ini sudah tertangguh hampir 18 bulan dan seperti tiada tindakan proaktif. Sehingga hari ini, kawasan seluas 930.93 hektar yang telah dinyahwarta pada 12 Ogos 2021 masih belum diwartakan semula walaupun kerajaan Selangor telah memberi jaminan berkali-kali bahawa perkara itu akan dilakukan.

Pada 10 Februari lalu, Amirudin telah menyatakan sekali lagi seperti dilaporkan dalam media massa bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor sudah menyatakan bahawa kawasan HSKLU yang dinyahwartakan akan diwartakan semula.

Pihak Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah membangkitkan isu ini bukan sahaja melalui media sosial malah telah menyerahkan surat kepada Menteri Besar sendiri pada 8 Mac lalu. Namun, tiada jawapan yang jelas daripada pihak kerajaan Selangor.

Oleh yang demikian, pihak kami menuntut Menteri Besar segera mewartakan HSKLU pada atau sebelum 31 Mei ini (sebelum PRN Selangor berlangsung). Kerajaan Selangor harus menepati janji. – UTUSAN

GABUNGAN PERTAHANKAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya