SAUDARA PENGARANG,
PELABUR di negara ini harus berdepan dengan cabaran ekonomi walaupun selepas beberapa tahun pulih daripada pandemik Covid-19. Walaupun begitu, keadaan itu tidak menghalang pelabur meneruskan pelaburan saham sama ada sebagai pelabur runcit atau institusi.
Dokumentari bertajuk GameStop: Rise of the Players mengikuti tekanan singkat terhadap GameStop (permainan video elektronik dan barangan permainan) pada 2021 yang mana stok permainan itu meningkat hampir 2,500 peratus di tengahtengah turun naik yang berleluasa.
Ia berkisah tentang saham GameStop apabila sekumpulan pelabur runcit yang mencuba untuk manjatuhkan pelabur institusi atau hedgefund menggunakan GameStop. Sekumpulan pelabur institusi bertaruh bahawa GameStop akan bankrup.
Mereka telah melakukan short selling ke atas GameStop.
Disebabkan ramai pengguna GameStop tidak berpuas hati atas tindakan tersebut, beratus-ratus ribu pelabur runcit bersatu untuk menaikkan harga saham GameStop ke paras tertinggi sepanjang masa.
Apabila perkara sedemikian berlaku, kumpulan pelabur institusi menjadi panik kerana jika harga saham meningkat, mereka akan mengalami kerugian. Disebabkan tidak mahu berlaku kerugian yang besar, mereka perlu ‘memotong kerugian’ segera dengan pelabur membeli saham GameStop semula sebelum harga semakin naik.
Namun, tindakan akan menyebabkan harga saham GameStop menaik yang dikenali sebagai short squeeze. Lebih menarik lagi apabila aplikasi pelaburan kos rendah dan ringan seperti Robinhood membolehkan pelabur runcit membeli saham dalam jumlah yang kecil, bermakna sesiapa sahaja boleh menyertai gerakan GameStop ini.
Pada 28 Januari 2021, Robinhood mula campur tangan dan menghentikan pembelian saham GameStop dan sekuriti lain dengan mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengadakan kolateral atau jaminan yang diperlukan untuk melaksanakan urusniaga.
Keputusan Ini mencetuskan beberapa penyiasatan dan kritikan berterusan daripada para pedagang di Reddit yang enggan berhenti dalam masa terdekat.
Kesan daripada itu, harga saham GameStop meningkat naik 2,350 peratus dalam masa dua minggu.
Melalui dokumentari ini, kita dapat melihat kuasa pelabur runcit yang dianggap ‘ikan bilis’ dalam pelaburan telah bersatu melawan ‘jerung’ dan gergasi pasaran atau pelabur institusi.
Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Tidak kira sama ada kita sebagai pelabur runcit atau institusi, ilmu dan kemahiran sebelum melakukan pelaburan haruslah digunakan sebaiknya bagi mengelakkan sebarang kerugian tidak diingini.-UTUSAN
NUR HANIS MIRZA KHAIRUL ANWAR
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)