Undang-undang kepenggunaan patut selari perkembangan teknologi

Undang-undang kepenggunaan patut selari perkembangan teknologi

UNDANG-UNDANG sepatutnya lebih longgar dengan memastikan pengilang bertanggungjawab bagi ‘kecederaan’ akibat barang-barang keluarannya yang rosak.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERNAHKAH anda membeli barangan elektrik dan mendapatinya tidak berfungsi dengan baik? Apa tindakan anda ketika itu? Adakah ke kedai semula dan meminta menukar kepada barangan baharu dan kemudian menerimanya atau anda tidak dibenarkan menukarnya atas pelbagai alasan?

Amat penting untuk kita sebagai pengguna mengetahui serba sedikit tentang ilmu kepenggunaan terutama melibatkan barangan elektrik agar dapat dipraktik sekiranya perlu selain dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Apabila membeli sesuatu barang daripada pekilang, sepatutnya anda menerima barangan bermutu baik, iaitu sesuai dengan tujuan penggunaannya. Apabila berlaku kerosakan dalam tempoh jaminan, pastikan pengguna tidak dipaksa untuk menanggung kos membaiki. Ia tidak adil kerana pengguna terpaksa mengeluarkan pembelanjaan tambahan untuk membaiki.

Justeru, apabila berlaku situasi seperti ini, pengguna boleh mengemukakan aduan supaya pengilang mengambil tanggungjawab terhadap kerosakan tersebut. Pun begitu, selalunya terdapat kesukaran untuk membuktikannya. Bahkan kita pula dituduh sebagai penyebab barang tersebut rosak.

Undang-undang sepatutnya lebih longgar dengan memastikan pengilang bertanggungjawab bagi ‘kecederaan’ akibat barang-barang keluarannya yang rosak.

Pembeli hanya diperlukan bagi membuktikan bahawa barang itu telah digunakannya dengan cara sepatutnya.

Tidak dinafikan teknologi telah membawa banyak kebaikan kepada cara hidup kita. Namun demikian, ia juga banyak membawa malapetaka. Ini kerana kebanyakan barangan dengan inovasi terbaharu merumitkan dan mudah rosak tanpa disengajakan. Bahkan kerosakan itu boleh membahayakan pengguna.

Oleh itu, dengan situasi hari ini termasuk inovasi produk elektrik yang sentiasa berubah dalam asperk penggunaan peralatan, maka dirasakan amat perlu untuk mewujudkan satu undang-undang menyeluruh mengenai bahaya sesuatu produk elektrik. Selain itu, perlu juga wujudkan piawaian tertentu dan penguatkuasaan pengawasan mutu piawaian bukan sahaja bagi memastikan keselamatan tetapi menegakkan hak pengguna jika dimanipulasi oleh pihak pengilang atau peniaga yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya