Tiada lagi perlembagaan dalam UMNO?

Tiada lagi perlembagaan dalam UMNO?

TINDAKAN UMNO memecat dan menggantung ahli-ahlinya menyebabkan kepercayaan orang Melayu semakin terhakis terhadap parti itu. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMENJAK kebelakangan ini, berkemungkinan setiap keputusan UMNO menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dibuat secara membelakangkan kehendak perlembagaan parti yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengikut Akta 1966 .

Situasi seperti ini bukan sahaja menjadi bualan dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu, malah lebih memalukan bila isu berkenaan turut mendapat tentangan serta kritikan pedas dalam kalangan pemimpin senior parti itu sendiri.

Tidak keterlaluan dirungkaikan bahawa situasi berkenaan jika tidak dibendung, dikhuatiri hanya akan menyebabkan saki baki keyakinan orang Melayu terhakis terhadap UMNO.

Setiap keputusan parti dibuat kebelakangan ini lebih bermirip kepada agenda secara ‘skop sendirian berhad’ demi survival kuasa politik.

Terkini, tindakan pemecatan serta penggantungan beberapa pemimpin diputuskan secara cacamarba, seakan Jawatankuasa Disiplin tidak wujud malah interpretasi surat tunjuk sebab seperti mana termaktub dalam kehendak klausa perlembagaan turut diabaikan.

Perasaan sama dinyatakan oleh beberapa pemimpin kanan parti berkenaan baru-baru ini.

Umum mengetahui, parti berhak untuk memecat serta menggantung keahlian.

Namun, hak individu terlibat dalam mempertahankan diri secara demokrasi berperlembagaan tidak langsung dipraktikkan. Kerana itu wujud persepsi negatif rakyat khususnya orang Melayu bahawa UMNO sedang beroperasi tanpa bersandarkan kepada kehendak perlembagaan parti.

Kita mengkritik secara membina kerana nawaitu-nya sayangkan parti, namun jika kepimpinan masih memilih untuk beroperasi secara bertentangan dengan kehendak pelembagaan maka lebih afdal mereka meletakkan jawatan secara bermaruah.

Jika beginilah caranya untuk melakukan ‘pembersihan’ dalam usaha mendapatkan kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO, maka ia adalah satu perhitungan yang salah. Sebaliknya hanya menjemput sokongan berbentuk liabiliti yang lebih besar terhadap UMNO.

Justeru, wujud tanggapan dan persoalan nakal masyarakat bahawa ada kewajarannya untuk RoS mengantung perlembagaan UMNO sehingga selesai siasatan jika wujud aduan yang dikemukakan.

Kepimpinan UMNO harus mengambil iktibar serta menerima setiap kritikan membina daripada sesiapa pun secara positif demi kepentingan parti.-UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN