Kebenaran yang tersingkap dalam Farha

Kebenaran yang tersingkap dalam Farha

FILEM Farha yang diarahkan oleh Darin J. Sallam merupakan kisah benar menerima pelbagai reaksi sama ada positif dan negatif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FILEM Farha yang ditayangkan di platform digital Netflix mendapat sambutan dan pelbagai reaksi daripada masyarakat seluruh dunia. Filem kontroversi tersebut mendedahkan bibit-bibit pembunuhan etnik
Palestin beramai–ramai pada 14 Mei 1948.

Gadis bernama Farha bercita-cita besar melanjutkan pelajaran di bandar disebabkan peluang pendidikan yang terhad di kampungnya tetapi impiannya terbantut dek serangan mengejut rejim Zionis Israel.

Farha yang sempat disembunyikan oleh ayahnya di stor makanan rumah mereka menyaksikan pembunuhan kejam terhadap sebuah keluarga termasuk seorang bayi yang baru sahaja lahir. Filem ini merupakan kisah diadaptasikan daripada pengalaman realiti salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi tersebut. Tragedi berdarah ini lebih dikenali dengan peristiwa Nakbah merupakan mimpi ngeri setiap penduduk Palestin.

Tragedi itu mengubah geopolitik di Asia Barat menjadi pencetus kepada ketegangan hubungan antara Arab-Israel yang berlarutan hingga kini.

Selepas Perang Dunia tamat, Palestin jatuh ke tangan British setelah British berjaya menewaskan Empayar Uthmaniyyah. Mandat British untuk Palestin diwujudkan dan membenarkan kemasukan imigran Yahudi.

Rentetan penjajahan tersebut, bermulalah episod penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke tanah Palestin sehingga menyebabkan Yahudi mendominasi pembelian tanah Palestin. Penindasan hak orang Palestin telah mencetuskan kegusaran dan akhirnya tercetuslah rusuhan besar yang dikenali sebagai Palestinian Revolt 1936.

Pada 1947, mandat British untuk Palestin ditamatkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan jawatankuasa khas sehingga membawa kepada Resolusi 181 yang membahagikan Palestin kepada dua entiti, iaitu negara-negara Yahudi dan Arab manakala Jerusalem diletakkan di bawah penjagaan antarabangsa.

Hasilnya, pada 14 Mei, Ben-Gurion mengisytiharkan secara rasmi penubuhan negara Israel. Berikutnya pada 15 Mei, Israel semakin mengganas apabila mereka mula menyerang Jaffa.

Sebagaimana digambarkan dalam Farha, begitulah suasana dialami rakyat Palestin ketika berlaku pengusiran dan pembunuhan besar-besaran Israel terhadap rakyat Palestin sehingga menyebabkan lebih 750,000 orang menjadi pelarian. Oleh sebab itu, tarikh 15 Mei menjadi permulaan kepada penderitaan rakyat Palestin dan diingati sebagai hari Nakbah oleh rakyat Palestin.

Tuntasnya, filem sebegini mampu menghidupkan solidariti sejagat dalam bersuara menentang kezaliman pengganas Zionis terhadap Palestin dengan lebih terbuka.-UTUSAN

THURAYA SAFIYYAH HILMI & PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya