Jangan jadi tali barut dalam agama sendiri

Jangan jadi tali barut dalam agama sendiri

PASTIKAN maklumat yang diterima adalah betul dan sahih agar tidak mengundang fitnah berhubung ajaran Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 1,400 tahun yang lalu, Islam adalah agama yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT melalui perantaraan Jibril AS. Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk menyebarkan ajaran agama Islam kepada seluruh manusia pada ketika itu.

Namun ketika itu, agama Islam tidak diterima baik oleh masyarakat Arab kerana ajaran Islam banyak berlawanan dengan budaya jahiliyyah mereka. Pelbagai cabaran yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW demi menyebarkan utusan Allah SWT seperti dicaci, diugut untuk dibunuh, dihina termasuklah terpaksa berperang dengan orang bukan Islam. Maka, tercetusnya peperangan seperti Perang Uhud, Perang Badar dan Perang Khandak.

Hal ini menyebabkan kita sering dimomokkan dengan musuh Islam bahawa agama Islam berkembang kerana peperangan. Kenyataan ini menyebabkan orang bukan Islam menganggap Islam sebagai pengganas sekali gus memandang serong terhadap agama itu.

Peperangan adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kata sepakat. Keizinan untuk berperang diberi Allah SWT untuk mempertahankan hak dan agama Islam selain mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih besar, untuk memerangi sifat khianat dan mempertahankan diri.

Malah, punca-punca peperangan tercetus kerana pihak bukan Islam tidak mahu menerima ajaran dan berdamai dengan umat Islam. Jika mengimbas kembali tentang sejarah perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun, baginda mengambil pendekatan untuk bersabar, tidak membalas perbuatan jahat dan bertahan daripada segala tohmahan sebagai langkah-langkah awal dalam menyampaikan dakwah.

Jadi, tidak berasas untuk mengatakan Islam sebagai penganas. Sekiranya ada permasalahan, baginda dan para sahabat akan berbincang dahulu bersama pihak musuh untuk mencapai perdamaian.

Oleh itu, sebelum ingin memutuskan tentang sesuatu perkara, kita haruslah memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan sahih agar tidak mengundang kepada fitnah.

Sebagai umat Islam, kita mestilah berani menentang segala perkara yang tidak benar tentang Islam agar maruah agama terjaga dan terpelihara. Hal ini demikian kerana orang bukan Islam akan sentiasa melakukan propaganda tentang agama Islam supaya ia dipandang enteng oleh orang lain. Ini kerana sejak dari dulu lagi orang bukan Islam tidak dapat menerima kewujudan agama ini. Janganlah kita menjadi tali barut dalam agama sendiri.-UTUSAN

NURUL IZZAH ROSLY & PROFESOR DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya