Setuju subjek pilihan raya, Undi18 diajar di sekolah

Setuju subjek pilihan raya, Undi18 diajar di sekolah

CADANGAN memperkenalkan subjek pilihan raya atau Undi18 dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah perlu diperhalusi selepas negara menurunkan had umur mengundi. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini, Presiden Kesatuan Per­khid­matan Perguruan Kebang­saan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang mencadangkan agar memperkenalkan subjek pilihan raya atau memasukkan elemen Undi18 dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah sebagai salah satu usaha memantapkan pemahaman terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi di negara ini.

Saya bersetuju dengan cadangan tersebut sekiranya ia dilaksanakan di peringkat tingkat empat atau lima kerana pelajar pada usia itu sudah matang untuk memahami sistem politik negara.

Bahkan langkah ini juga tepat memandangkan ramai pengundi muda ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu gagal memahami konsep pilihan raya yang sebenar sebaliknya hanya terikut ibu bapa, rakan dan pembacaan di internet untuk memilih wakil rakyat.

Mereka perlu diajar supaya proses PRU akan datang dapat dilaksanakan dengan berkesan memandangkan mereka akan memahami tentang kepentingan mengundi untuk negara. Ini penting kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka selain pelajar perlu memahami bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi.

Hanya dengan pendidikan sahaja mampu membolehkan pengundi muda untuk lebih terbuka dan berilmu dalam memilih individu atau kelompok yang dilihat boleh membarisi barisan pemimpin negara sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif di masa hadapan.

Jika anak muda ini gagal memahami kepentingan dan tujuan pilihan raya, maka negara akan berhadapan dengan krisis kekurangan pemimpin pelapis dan akan ketandusan pemimpin hebat.-UTUSAN

ZUL
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya