Satu daripada empat mahasiswa terjejas masalah mental - Utusan Malaysia

Satu daripada empat mahasiswa terjejas masalah mental

KEMURUNGAN merujuk kepada perasaan sedih yang berterusan dan kehilangan minat dalam melakukan aktiviti. – GAMBAR HIASAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESIHATAN mental merupakan isu penting dan semakin membimbangkan apabila dianggarkan satu dari empat pelajar universiti terjejas akibat masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan.

Kemurungan merujuk kepada perasaan sedih yang berterusan dan kehilangan minat dalam melakukan aktiviti. Penghidap sukar menumpukan perhatian, hilang selera makan, keletihan dan wujud keinginan untuk membunuh diri. Rawatan untuk kemurungan biasanya melibatkan psikoterapi, ubat antidepresan atau gabungan kedua-duanya.

Kebimbangan pula mempunyai pelbagai bentuk seperti kebimbangan sosial dan khuatir mengenai prestasi akademik yang menjejaskan prestasi pelajaran, hubungan dengan rakan sebaya dan ahli keluarga.

Pelbagai faktor menyumbang kepada bertambahnya keadaan kebimbangan telah dikenal pasti termasuk masalah genetik yang diwarisi daripada ibu bapa atau saudara terdekat yang lain dan faktor persekitaran.

Tanda-tanda tekanan mental pula berbeza-beza mengikut individu. Ini termasuk perubahan dalam mood, corak tidur, tahap tenaga dan selera makan. Individu yang mengalami tekanan akan susah mengawal emosi dan mempunyai keinginan melakukan perkara ekstrem yang membahayakan diri.

Terdapat juga pelajar yang menyendiri di kolej kediaman masing masing semasa waktu kuliah hanya kerana tidak dapat mengawal perasaan kemurungan dan akibatnya mereka tercicir dalam proses pengajian.

Bagi membantu pelajar terbabit, harus disediakan akses kepada pakar psikiatri. Perlu juga perkhidmatan lain seperti kumpulan dan talian sokongan khusus.

Rakan sekeliling juga perlu memberikan sokongan moral dan harus peka andai ada dalam kalangan mereka menghadapi masalah kesihatan mental dan bukannya menganggap perkara itu sebagai remeh. – UTUSAN

DR. MOHD. HAFIZ ZULFAKAR & MUHAMMAD HAFIZI ZAMRI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.