Jangan biar menteri amatur menghalang kemajuan negara

Jangan biar menteri amatur menghalang kemajuan negara

PEMBANGUNAN dan pelaksanaan 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB) membolehkan kerajaan melalui kementerian-kementerian berkaitan mengawal dan menyelia masa depan 5G.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang baharu dilantik mempersoalkan kualiti liputan rangkaian 5G yang dipacu kerajaan secara terbuka, ia seperti dejavu. Beliau seolah-olah mahu memulakan perbalahan awam berkenaan isu ini.

Lupakan sebentar betapa tidak profesionalnya kenyataan beliau, apa yang lebih membimbangkan adalah liputan media yang melaporkan secara meluas telah melemahkan keyakinan pasaran terhadap pelaksanaan 5G di Malaysia; yang mana sejak dari mula telahpun keciciran di belakang berbanding rakan serantau ASEAN lain. Sementelahan kita mempunyai tiga kerajaan berbeza sejak 5G mula-mula dikaji dan dilancarkan.

Semua orang tahu Puteri UMNO Kuantan mementingkan pendidikan sepanjang hayat dan akses yang saksama untuk generasi akan datang. Saya secara peribadi melihat capaian internet yang pantas sebagai satu keperluan ke arah mencapai matlamat ini.

Saya memuji tiga kerajaan terdahulu di bawah tiga perdana menteri berbeza yang membolehkan pembangunan 5G tidak ditentukan oleh kuasa pasaran semata-mata (tidak seperti liputan 4G yang hambar dan tidak saksama pada harga yang tidak berdaya saing). Pembangunan dan pelaksanaan 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB) membolehkan kerajaan melalui kementerian-kementerian berkaitan mengawal dan menyelia masa depan 5G kita.

Sebaliknya, kita berhadapan dengan seorang menteri, si amatur yang telah terlalu selesa di bangku pembangkang sebelum ini sehingga inisiatif kerajaan sendiri pun ditempelaknya. Beliau barangkali tidak menyedari DNB memerlukan pembiayaan melalui dana awam dan institusi kewangan. Oleh itu, sebarang reputasi buruk yang berpunca daripada perselisihan terbuka dengan seorang menteri tidak akan membantu DNB dalam usaha mengumpul modal yang diperlukan untuk membiayai misinya tanpa menggunakan wang rakyat.

Kendatipun begitu, berpandukan penasihat dan pegawai khas yang turut sama amatur, menteri ini telah membuat kesilapan terbesar pada awal tahun 2023 yang belum habis pun bulan pertamanya.
Berikut adalah sedikit nasihat khidmat masyarakat daripada kami iaitu kelompok yang mengambil berat tentang masa depan kita, sila dapatkan pasukan yang lebih cekap.-UTUSAN

WAWA
Ketua Puteri UMNO Kuantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya