Jangan abai pembangunan di Temerloh

Jangan abai pembangunan di Temerloh

DIHARAP Salamiah Mohd. Nor mentadbir secara adil tanpa meminggirkan pembangunan di Temerloh hanya kerana politik.

SAUDARA PENGARANG,

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Temerloh menyaksikan kawasan itu terus dipimpin oleh ahli Parlimen di barisan blok pembangkang sejak tiga penggal lalu. Sebelum ini dari Parti Amanah Negara (Amanah)/Pakatan Harapan (PH). Kali ini pula Salamiah Mohd. Nor dari Perikatan Nasional (PN).

Perkara sama juga berlaku di Parlimen Kuala Krau. Sebelum ini terdapat berita bahawa kerajaan negeri Pahang tidak memberi sebarang peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bukan dari  barisan parti yang menerajui iaitu gabungan Barisan Nasional (BN)-PH.

Maka ini sudah pasti tidak ada peruntukan kewangan bagi projek-projek kecil melalui wakil rakyat berkenaan.

Sebagai warga Temerloh, saya berpandangan bahawa kerajaan negeri tidak sewajarnya meminggirkan Temerloh daripada terus dibangunkan disebabkan daerah itu masih memerlukan banyak pembangunan. Ini juga kerana Temerloh adalah daerah kedua mempunyai bilangan penduduk paling ramai dan berada di lokasi strategik antara Pantai Timur dan Lembah Klang.

Meskipun tiada peruntukan pembangunan daripada kerajaan negeri melalui ADUN yang mewakili parti selain BN, namun projek-projek dan peruntukan bajet jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah lulus dan sedang dirancang perlu ditimbang semula dan diteruskan.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN