Henti fenomena buka aib di media sosial - Utusan Malaysia

Henti fenomena buka aib di media sosial

PERKONGSIAN di media sosial juga dibaca oleh kenalan jauh dan orang asing yang tidak dikenali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SATU hakikat yang diakui banyak pihak adalah media sosial merupakan platform komunikasi yang popular.

Setiap hari ada sahaja perkongsian yang dibuat oleh pengguna media sosial untuk dikongsi dan dibaca warganet.

Hinggakan terdapat segelintir pengguna media sosial ‘terbabas’ dalam arus yang adakalanya mereka sendiri tidak menyedari apa yang dibuat adalah menyalahi dan melampaui batas sewajarnya, apatah lagi bagi yang beragama Islam.

Sedarkah kita, banyak berita yang kita kongsikan kadang-kadang bertujuan bukan untuk mendidik tetapi sebagai propaganda, mengalihkan pemikiran masyarakat daripada isu lebih penting bertujuan mendapat kekuasaan, populariti dan tidak terkecuali bagi meraih simpati.

Adakala isinya adalah bohong dan kosong, kadang-kadang ia hanya membesar-besarkan hal-hal yang sebenarnya adalah kecil dan membesar-besarkan prestasi yang sebenarnya bukan reputasi.

Itulah yang melanda umat kita hari ini. Pelbagai isu berlegar yang belum tentu sahih apalagi benar lantas disebarkan oleh banyak orang sebagai tanda menyokong atau memerli.

Dalam pada itu, satu lagi fenomena membimbangkan apabila media sosial menjadi platform untuk meluahkan perasaan sama ada sedih, gembira dan keterujaan hingga medium ini kadangkala menjadi tempat membuka aib diri sendiri atau orang lain.

Jika dahulu individu meluahkan perasaan kepada insan terdekat seperti ahli keluarga sendiri, namun kini senario adalah berbeza.

Perkongsian di media sosial juga tidak semestinya dilihat oleh mereka yang ada pertalian sahaja, malah terdapat juga dalam kalangan kenalan jauh dan orang asing yang tidak dikenali.

Sepatutnya aib adalah perkara yang tidak boleh didedahkan atau disebarkan kepada khalayak dengan sewenang-wenangnya, apatah lagi umat Islam dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai musuh. – UTUSAN

ATRIZA UMAR, Pertubuhan Ikram Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya