Hapuskan mat rempit dengan undang-undang ketat

Hapuskan mat rempit dengan undang-undang ketat

AKTIVITI lumba haram semakin menjadi-jadi walaupun sudah ada undang-undang bagi mengekang aktiviti berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK akhir-akhir ini, kita dapati ramai anak muda kembali aktif terlibat dengan aktiviti lumba haram. Sana, sini kita boleh melihat aktiviti bahaya ini terus berleluasa tanpa mereka menginsafi diri apabila banyak berita kemalangan maut dipaparkan di dada akhbar dan televisyen.

Golongan ini seperti tidak memikirkan keselamatan orang ramai kesan daripada tindakan melanggar undang-undang negara. Dari lebuh raya hingga ke kampung, mereka gian berlumba haram sehingga mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Pemandu awam lain pun berasa tidak selamat ketika memandu atau menunggang motosikal di jalan raya. Mereka ini pula seperti memperjudikan nyawa sedangkan sudah patuh pada peraturan jalan raya dengan sebaik mungkin.

Justeru tindakan undang-undang berhubung kesalahan ini perlu diperketatkan memandangkan denda yang dikenakan sebelum ini amat rendah. Mereka mampu membayar denda tersebut dan tidak takut untuk mengulangi aktiviti lumba haram.

Sebelum ini, wujud desakan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan menaikkan denda sehingga RM10,000 berbanding RM300 mampu mengekang kegiatan lumba haram dan mat rempit.

Cadangan tersebut sangat wajar kerana ia betujuan untuk mendidik terutama bagi golongan muda dan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mengubahsuai motosikal dan terbabit dengan aktiviti lumba haram.

Malah, ia jauh lebih baik jika turut dikenakan denda kepada pengusaha bengkel yang melakukan pengubahsuaian motosikal pada kadar yang tinggi bagi mengekang aktiviti yang tidak sihat itu.

Begitu juga ibu bapa kepada remaja yang berusia di bawah 18 tahun yang didapati terlibat di dalam kegiatan lumba haram dan penyokong lumba haram juga perlu dikenakan tindakan setimpal.

Oleh itu, pihak kerajaan diminta terus bertegas dengan menaikan kadar denda atau penjara bagi membanteras kegiatan lumba haram terutama melibatkan mat rempit yang membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya lain. Dengan cara ini, mereka akan berasa takut jika di penjara.-UTUSAN

SHAH
Tanjung Agas, Tangkak, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.