Fokus juga disiplin dalam terjemah FPK - Utusan Malaysia

Fokus juga disiplin dalam terjemah FPK

FALSAFAH Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan lebih lengkap jika turut meliputi soal disiplin. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI era VUCA iaitu kemeruapan (volatility), ketidakpastian (uncertainty), kerumitan (complexity) dan kesamaran (ambiguity) atau disebut keadaan ketidaktentuan yang ketara, pendidikan perlu bergerak pantas dan mampu menangani realiti sedia ada dengan pendekatan baharu, dinamik dan konstruktif.

Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengalu-alukan hasrat murni Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memberi tumpuan kepada tujuh teras utama bagi melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Pada masa sama, iGuru berharap Kementerian Pendidikan (KPM) turut menekankan usaha merealisasikan pendidikan yang bermakna sebagaimana yang terlakar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pihak iGuru berharap untuk 2023, pihak KPM memberi tumpuan kepada tiga isu pendidikan iaitu:

a) Kualiti pendidikan (merapatkan jurang fizikal dan digital, kurikulum kalis masa depan, pendidikan untuk semua, pemulihan pendidikan tangani keciciran, kemiskinan pendidikan, pemerkasaan sekolah kebangsaan dan digitalisasi pendidikan).

b) Profesionalisme dan kebajikan guru (kebahagian emosi dan mental guru, skim perkhidmatan terbaik dan penglibatan aktif guru-guru di dalam kesatuan-kesatuan guru).

c) Pembangunan sahsiah murid (penekanan kepada aspek nilai dan adab dan pembentukan karakter berpaksikan insaniyatul insan bagi menangani isu-isu buli, gengsterisme dan gangguan seksual).

Pihak iGuru mendokong dan menyokong aspirasi KPM untuk melahirkan murid yang baik lagi cerdik. Ia perlu ditambah nilai kepada murid yang baik lagi cerdik serta berdisiplin agar menterjemahkan apa yang terkandung dalam FPK.

Kami di iGuru akan terus vokal mengangkat isu-isu pendidikan demi faedah warga guru dan murid. Kita juga tegas pertahankan sistem sedia ada dari ancaman yang menggugat dasar-dasar pendidikan. iGuru menggesa semua warga guru meningkatkan kompetensi dan kemahiran dalam menjayakan aspirasi pendidikan. – UTUSAN

MOHD. AZIZEE HASAN
Presiden iGuru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya