Ahmad Zahid tidak perlu takut apa-apa

Ahmad Zahid tidak perlu takut apa-apa

PEMILIHAN jawatan Presiden dan Timbalan Presiden merupakan amalan demokrasi yang diamalkan UMNO sejak dahulu lagi. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz secara tegas menyatakan tindakan pihak tertentu menghalang jawatan dalam parti dipertandingkan pada pemilihan akan datang akan menyekat amalan demokrasi yang sudah subur dalam UMNO.

Bagi saya itu bukan pandangan biasa-biasa, sebaliknya dilontarkan oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam politik dan seorang yang setia kepada parti sejak 1978, ketika beliau berusia 24 tahun.

Beliau pernah dilantik sebagai EXCO Pemuda UMNO dan dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada 1993, selain pernah menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selama 28 tahun dari 1990 hingga 2018 dan pernah dilantik Ahli Dewan Negara pada 1991 hingga 1995.

Malah Mohamed Nazri berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan, Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negara.

Jadi, pandangan beliau perlu dibaca, difahami dan dihayati memandangkan UMNO kini dilihat ke arah ‘kehancuran’.

Pun begitu, saya juga yakin Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan membunuh parti yang memperjuangkan orang Melayu di negara ini. Saya percaya beliau terbuka untuk adakan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Itu adalah amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti sejak dulu lagi. Tiada keperluan untuk mengubahnya demi kepentingan sesetengah pihak.

Saya juga melihat bahawa tiada apa yang perlu Ahmad Zahid takutkan kerana beliau merupakan figura yang membawa UMNO/BN dalam kerajaan hari ini. Ini adalah kemenangan awal beliau.

Walaupun pada awal selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Umum Ke-15 (PRU15), beliau dilihat seolah-olah hilang sedikit sokongan dari akar umbi tetapi dengan membawa semula parti ke dalam kerajaan telah mengembalikan kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan beliau.

Justeru, saya berharap agar amalan demokrasi dalam UMNO terus kekal subur dan kepada mana-mana pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin parti diharap dapat hentikan kerana sekarang masanya untuk UMNO reset dan ‘menjelma’ sebagai sebuah parti yang kuat selain mengelak perpecahan dalam parti.

Zainal K.
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya