Adaptasi rumah kalis banjir Jepun ke negara ini

Adaptasi rumah kalis banjir Jepun ke negara ini

SIMULASI rumah kalis banjir ciptaan syarikat Jepun, Ichijo Komuten mungkin boleh diadaptasi di kawasan kerap berlakunya bencana alam itu.-GAMBAR INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENDUDUK di Kampung Batu Kapur, Temerloh menghasilkan rumah rakit bagi menempatkan barang-barang berharga sekiranya berlaku banjir besar.

Ia satu langkah yang baik memandangkan penduduk di sana berkemungkinan sudah fobia atau lali dengan banjir yang berlaku setiap tahun.

Lain pula ceritanyan di Jepun apabila sebuah syarikat pembinaan, Ichijo Komuten sudah terkenal dengan idea rumah kalis banjir yang ditawarkan kepada sesiapa yang berminat. Rumah ini dilengkapi empat sistem pertahanan banjir.

Pertama, menutup kesemua lubang pengudaraan bahagian lantai apabila air naik sebelum ia memasuki ruang rumah.

Kedua, injap yang menghalang air memasuki rumah menerusi paip kumbahan tandas, dapur dan bilik mandi hanya membenarkan air mengalir sehala dan apabila banjir berlaku ia akan ditutup secara automatik.

Ketiga, menggunakan kaca sama ada di pintu atau tingkap yang mempunyai binaan berlapis bagi menahan tekanan air yang tinggi.

Keempat, rumah akan diikat dengan empat tiang batang besi tebal yang ditanam dalam tanah berperanan seperti sauh. Apabila banjir, rumah akan bergerak ke atas mengikut ketinggian paras air.

Malah, semua sistem elektrik diletakkan di paras yang lebih tinggi supaya tidak terkesan atau rosak ketika banjir.

Sebelum ini sudah ada cadangan untuk membina rumah mangsa banjir yang mudah terjejas perlu mengambil kira semua aspek secara menyeluruh.

Saya melihat konsep rumah kalis banjir ini boleh diadaptasikan di negara ini memandangkan Malaysia mengalami taburan hujan yang tinggi di beberapa negeri pada hujung tahun.

Malah, ia mampu mengurangkan perbelanjaan besar apabila perlu kerap membaiki rumah, perabot dan peralatan rumah yang rosak akibat banjir.

Pun begitu, sama ada rumah rakit atau rumah kalis air semestinya memerlukan kos yang tinggi, jadi mungkin kerajaan boleh menyediakan peruntukkan khas bagi mereka yang kerap berdepan situasi ini dan ia perlu dikawal atau diletakkan di bawah tanggungjawab agensi atau jabatan agar tidak berlaku sebarang penyelewengan.-UTUSAN

NAZ KHALID
Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya