Skuad jurulatih Korea Selatanjadi tumpuan AFF 2022

Skuad jurulatih Korea Selatan jadi tumpuan AFF 2022

SKUAD Harimau Malaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENCURI tumpuan dalam kejohanan Piala AFF kali ini adalah beberapa pasukan yang dibimbing oleh ketua jurulatih dari Korea Selatan seperti Kim Pan Gon untuk skuad Harimau Malaya, Shin Tae Yong (skuad Garuda, Indonesia) dan Park Hang Seo (skuad Naga Emas, Vietnam).

Apa yang membezakan kejohanan pada kali ini ialah pasukan Vietnam berada dalam kumpulan yang sama manakala pasukan Indonesia berada di kumpulan A bersama juara bertahan iaitu Thailand yang memenangi Piala AFF 2020. Harimau Malaya pula gagal dan pulang awal ketika itu di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe.

Paling ditunggu-tunggu nanti bukanlah aksi skuad Harimau Malaya yang dibarisi muka-muka baharu yang belum pernah beraksi di peringkat antarabangsa. Sebaliknya menjadi tumpuan adalah pertarungan dramatik melibatkan percaturan taktikal daripada setiap ketua jurulatih dari Korea Selatan yang membimbing pasukannya.

Di atas kertas, Vietnam dan Indonesia sama-sama mempunyai peluang cerah untuk ke pentas akhir Piala AFF kali ini berbanding skuad Harimau Malaya yang terpaksa bekerja keras terlebih dahulu bersaing dengan kekuatan pasukan lain sama ada skuad Naga Emas atau skuad The Lions dari Singapura sebelum menafikan peluang mereka sekiranya skuad Harimau Malaya mahu layak ke final AFF.

Jadi, jika melihat kepada barisan setiap pemain pasukan yang dibimbing oleh ketua jurulatih Korea Selatan, tentunya Hong Seo atau Tae Yong menjadi pilihan utama di kejohanan ini. Namun, tidak mustahil seandainya Pan Gon berjaya menafikan kehebatan mereka walaupun berdepan pemerhati sukan bola sepak tempatan yang agak skeptikal dengan senarai beberapa pemain tidak terdiri daripada skuad kesebelasan utama kebangsaan ketika aksi pertarungan kelayakan Piala ASEAN, baru-baru ini.

Jangan dilupa magis serta kemampuan Pan Gon merencanakan setiap seorang pemain skuad negara sebenarnya telah mengundang rasa gerun dalam kalangan jurulatih pasukan negara-negara ASEAN lain seperti skuad Thailand termasuk Hong Seo selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala Raja Thailand tempoh hari.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya