Sektor awam perlu dibela demi kesejahteraan, kebajikan

Sektor awam perlu dibela demi kesejahteraan, kebajikan

PERKHIDMATAN awam merupakan jentera pentadbiran yang ditugas melaksanakan dasar kerajaan dan juga untuk memberi nasihat dan pandangan tentang sesuatu dasar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENAMBAHBAIKAN bagi membela kebajikan penjawat awam di negara ini sentiasa dikaji selaras peningkatan kos sara hidup supaya tata kelola kesejahteraan kebajikan dan indeks kepuasan para penjawat awam dapat ditingkatkan dan diberikan pembelaan seutuhnya.

Perkhidmatan awam merupakan jentera pentadbiran yang ditugas melaksanakan dasar kerajaan dan juga untuk memberi nasihat dan pandangan tentang dasar tersebut. Keadaan ini tidak akan tercapai jika perkhidmatan awam masuk campur dalam politik. Prinsip ini disebut dengan jelas dalam Penyata Mesyuarat Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan di London pada bulan Januari dan Februari 1957.

Keadaan berkecuali iaitu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik adalah menjadi asas perkhidmatan awam negara ini dan bolehlah dikatakan sebagai satu daripada ciri-ciri Perlembagaan Malaysia.

Tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam yang sentiasa mengkaji dan melakukan penambahbaikan dalam skim perkhidmatan awam seperti melaksanakan skim gaji minimum dan maksimum bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Terdapat juga warga perkhidmatan awam yang tidak dapat dinaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi kerana bilangan perjawatan gred kenaikan pangkat yang ada dalam skim perkhidmatan tertentu adalah amat kecil julatnya.

Ada pula yang naik pangkat tetapi bertukar tempat kerja. Kadangkala kenaikan gaji tak sampai RM100 namun perlu bertugas jauh dari daerah atau wilayah asal, sudah tentu melibatkan perbelanjaan yang besar seperti menyewa kediaman dan pertukaran sekolah anak. Keadaan ini amat membebankan dalam keadaan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

Terdapat penjawat awam yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan, justeru dicadangkan agar mereka diberi satu gred ke atas, manakala yang bersara berasaskan rekod perkhidmatan cemerlang diberi kenaikan pangkat satu gred. Ini dapat meningkat kesejahteraan keluarga tersebut.

Dalam pada itu, Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) disaran mengkaji semula kerana kadar pinjaman yang tinggi beserta insurans am rumah. Ini kerana ia sangat membebankan golongan penjawat awam berjawatan rendah dan sederhana.

Setiap skim adalah penting dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan sektor awam serta menzahirkan good governance yang baik dalam memakmurkan negara ini secara menyeluruh. Justeru pembelaan, kesejahteraan dan kebajikan mereka perlu diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan dalam mengukuhkan transformasi sektor awam di negara ini.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI
Tanjung Rambutan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya