Sektor awam perlu berjimat bagi berdepan krisis ekonomi tahun hadapan

Sektor awam perlu berjimat bagi berdepan krisis ekonomi tahun hadapan

SESI libat urus berhubung kajian SSPA diadakan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANK Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi peringatan bahawa ekonomi global berdepan kemelesetan pada tahun depan susulan tindakan bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah, selain pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China.

Malaysia yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka bakal terjejas pertumbuhannya. Bank Dunia baru-baru ini juga menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus yang dibuat sebelumnya. Sehubungan ini negara bakal mengharungi ramalan ‘ribut ekonomi’ pada tahun hadapan.

Dalam menghadapi persekitaran global mencabar, kerajaan dijangka terus menyediakan bantuan serta sokongan yang relevan kepada rakyat dan perniagaan. Ini berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat meliputi segenap lapisan masyarakat, khususnya kumpulan B40 dan M40.

Rakyat perlu melaksanakan langkah jimat cermat secara menyeluruh selaras usahausaha kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengelak kesenjanggan pendapatan antara golongan kaya dan miskin.

Mulai tahun ini, rakyat diminta berjimat cermat sementara kerajaan mengambil langkah sama dengan menangguhkan komitmen projek-projek mega dikaji semula.

Langkah ini merupakan iltizam serta islah baharu kerajaan agar pentadbiran negara tidak boros berbelanja. Hasil penjimatkan akan dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelbagai kaedah seperti subsidi bersasar dan beberapa pakej rangsangan yang memanfaatkan golongan terbanyak.

Tiada ubah suai pejabat Perdana Menteri, tiada perolehan kenderaan baharu atau menukar karpet pejabat baharu, mengurangkan bilangan anggota jemaah menteri, potongan 20 peratus gaji menteri termasuk Perdana Menteri sendiri tidak menerima gaji, mesejnya jelas bagi tujuan penjimatan.

Langkah sama perlu diperhalusi untuk diamalkan di sektor awam termasuk penjimatan penggunaan utiliti seperti air, elektrik, kenderaan, bangunan serta aset kerajaan lain dan ia perlu secara konsisten merentasi zaman.

Rakyat miskin dan berpendapatan rendah sedang menderita terkesan peningkatan kos sara hidup, justeru penjawat awam yang tidak terkesan perlu bersama-sama berjimat dan tidak menikmati terlalu banyak keselesaan serta nikmat berbelanja tanpa kepedulian nasib orang lain yang terjejas.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya