Pelik kerajaan perpaduan mahu import telur - Utusan Malaysia

Pelik kerajaan perpaduan mahu import telur

Sebarang perbelanjaan dan risiko mengimport telur ayam ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengimport dan tiada dana awam digunakan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu baru-baru ini bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Tidakkah tindakan kerajaan baharu ini bersifat terburu-buru tanpa memikirkan kesan kepada rakyat dan pemain industri ayam dan telur?

Kepada kerajaan baharu ini, bertindaklah dengan bijak dan buat siasatan dahulu kerana khabarnya masalah telur ini telah berlarutan hampir enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi.

Begitu juga masalah kekurangan bekalan dan kehabisan stok minyak masak peket yang kembali menghantui pengguna.

Di pihak rakyat, mereka berharap kerajaan baharu dapat menyelesaikan masalah minyak masak dan bekalan telur yang dilihat semakin hari semakin tidak dapat dikawal.

Jikalau bercadang mengimport telur, bermakna kerajaan baharu juga gagal dan kecundang dalam menyelesaikan isu makanan ini dan bertindak mudah dengan mengimport.

Kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dalang di sebalik isu kekurangan makanan asas ini daripada mencari jalan mudah, iaitu mengimport.

Tindakan mengimport akan mengancam penternak dan pengusaha ladang telur yang telah sekian lama menjadi pembekal untuk pasaran tempatan.

Selain itu, telur import berpotensi mengancam keselamatan pengguna kerana mudah rosak dan tamat tempoh.

Maka, kerajaan perlu bertindak tegas dalam memastikan bekalan telur tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu sebelum bertindak mengimport dari luar negara yang belum pasti terjamin aspek kebersihan.

Jika tidak, rakyat terpaksa menghadapi krisis demi krisis dan tidak mustahil akan berhadapan krisis makanan yang lebih besar pada masa depan. – UTUSAN

TELUR TEMBELANG, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.