fbpx

Kita mampu urus diabetes

AMALAN hidup secara sihat dapat mengurangkan kadar glukosa dalam badan

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 20 tahun dahulu, saya disahkan menghidap menghidap diabetes Jenis-2. Enam tahun lalu, saya dimasukkan ke hospital disebabkan paras glukosa terlalu tinggi mencapai 16.1 mmol/L. Pada masa itu sudah mendirikan rumah tangga, saya sedar harus mengubah gaya hidup kerana ia membabitkan soal hidup dan mati.

Saya mengamalkan rejim pemantauan yang konsisten dengan memeriksa paras glukosa tujuh kali sehari. Saya lebih peka dengan pengambilan makanan sihat.

Usaha keras itu akhirnya membuahkan hasil. Bacaan paras glukosa saya bertambah baik. Ini memberikan saya motivasi untuk berusaha meningkatkan kesihatan diri.

Pada 2021, saya menyertai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna (GLCP), sebuah program intervensi selama empat minggu merangkumi kaunseling diet, pemakanan, senaman dan pemantauan glukosa secara berterusan.

Saya menjalani sesi perundingan maya pada setiap minggu bersama pakar diet yang banyak memberi sokongan dari segi pelan makanan berdasarkan keperluan diet, kegemaran, dan matlamat kesihatan.

Saya digalakkan mencatatkan jurnal bagi memantau bacaan paras glukosa harian dan pengambilan makanan.

Saya turut meningkatkan tahap senaman dengan berlari di atas treadmill selama 45 minit hingga sejam setiap hari.

Saya mula berasa lebih sihat dan selepas sebulan mengikuti program itu, berat badan susut lima kilogram dan paras glukosa kekal stabil sekitar 6 mmol/L.

Pengajaran paling penting saya pelajari adalah diabetes mampu diurus.

Kini saya lebih komited untuk mengekalkan paras glukosa dalam julat sasaran iaitu purata 6-6.3 mmol/L. Malah, saya bertekad untuk merendahkannya lagi dan menetapkan matlamat yang jelas dalam hal ini dan yakin pasti dapat mencapainya.

Saya ingin menyedarkan orang ramai bahawa walaupun menghidap diabetes, anda tetap boleh menjalani kehidupan yang sihat, bahagia dan bermakna.-UTUSAN

VICKY RAO
Kuala Lumpur

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN