Gunakan teknologi untuk elak pembaziran - Utusan Malaysia

Gunakan teknologi untuk elak pembaziran

LAKSANAKAN mesyuarat, seminar dan kursus melibatkan penjawat awam secara dalam talian. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEKTOR perkhidmatan awam dalam negara kita perlu mengambil serius saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diambil langkah berjimat cermat dan mengelak pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.

Saranan itu adalah penting ketika negara kita dan dunia kini sedang berhadapan krisis ekonomi tidak menentu dan masalah kos sara hidup.

Sektor perkhidmatan awam perlu menjadi teladan yang baik kepada semua pihak di negara kita dalam berbelanja semua peruntukan kewangan yang telah disalurkan kepada mereka.

Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil bagi mengelak pembaziran termasuk dengan melaksanakan sesetengah aktiviti secara dalam talian seperti mesyuarat, seminar, bengkel dan kursus.

Dengan melakukan aktiviti terbabit secara dalam talian, jabatan yang terlibat tidak perlu lagi membazir wang untuk menyediakan makanan, menempah bilik atau dewan serta dapat mengurangkan penggunaan kertas.

Kemunculan pelbagai jenis teknologi moden sekarang memberi peluang untuk sesetengah jenis pekerjaan dilakukan secara ­fleksibel melalui dalam talian tanpa penjawat awam perlu berada di pejabat atau di mana-mana lokasi secara semuka.

Dengan wujudnya komputer, telefon pintar serta internet, semua pihak boleh melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah, cepat serta berkesan.

Segala kemudahan serta aplikasi moden dalam talian yang wujud perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah kakitangan kerajaan di tempat kerja mereka.

Segala kemudahan serta aplikasi moden dalam talian ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan perhiasan semata-mata atau alat yang hanya digunakan ketika kita sedang menghadapi waktu kecemasan seperti semasa penularan wabak Covid-19. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya