Bagi peluang Anwar bersama Kabinetnya urus negara

Bagi peluang Anwar bersama Kabinetnya urus negara

RAKYAT perlu lebih terbuka menerima pentadbiran dan barisan jemaah menteri Anwar Ibrahim buat ketika ini sehingga PRU16 nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH-SUDAHLAH puak-puak yang tidak berpuas hati atas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. Cukup-cukuplah mengeluarkan kenyataan yang menambah rasa meluat rakyat.

Hentikanlah menular rasa benci rakyat kepada kerajaan. Rakyat sebenarnya hanya mahu  hidup aman dan tenang selain mahu kerajaan menunaikan manifesto mereka   agar mereka tidak terus dibebani masalah sosioekonomi.

Mandat telah diberikan oleh rakyat, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membuktikan sokongan majoriti. Bahkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Rakyat harus sedar bahawa pemerintahan sekarang adalah kerajaan perpaduan, bukannya PH.

Sudah pasti ada sebab mengapa beliau berani mengambil risiko meletakkan beberapa pemimpin BN dalam jemaah Kabinetnya walaupun menyedari banyak pihak tidak berpuas hati mengenai perkara itu.

Saya melihat BN mungkin boleh menjadi semak dan imbang dalam kerajaan malah menjadi benteng sekiranya ada desakan daripada pihak yang mahu meruntuhkan semangat  erpaduan, institusi beraja, mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi mahupun meminta hak sama rata dengan bumiputera.

Biarlah Anwar dan Kabinetnya bekerja. Biar beliau buktikan kemampuannya dan nilai integriti yang sering diungkapkannya. Biarlah jemaah menteri membuktikan keupayaan mentadbir negara.

Jika beliau ‘terlajak’ atau memungkiri janji, menjadi hak rakyat untuk bersuara dalam PRU16 nanti. Rakyat mempunyai hak sangat besar untuk memilih kerajaan yang terbaik.

Buat masa ini, kita sebagai rakyat perlu melihat dan menilai setiap tindak tanduk pemimpin kerajaan.-UTUSAN

ZAINI AB. FATAH

Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya