Tidak wajar sokong janji tanpa aku janji

Tidak wajar sokong janji tanpa aku janji

UMNO dan parti-parti gabungan dalam PH kena menang besar dalam PRN nanti. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAIMANA kita sedia maklum, ketetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pada 19 November ini. Maka dengan itu, parti-parti politik terutama pembangkang dijangka terus membuat pelbagai kenyataan bagi menarik sokongan pengundi.

Pun begitu sebagai rakyat yang bijak, kita perlulah mengkaji dan meneliti sebaikbaiknya setiap janji yang ditaburkan. Di samping itu juga perlu diingatkan, apa jua janji-janji daripada pembangkang sekiranya tidak disertai dengan aku janji bersumpah maka adalah tidak wajar memberi sokongan terhadap mereka.

Apa yang menjadi persoalan, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berniat mahu kecilkan jumlah kementerian kononnya bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan adalah tidak munasabah. Ini kerana beliau tidak sedar semakin hari bilangan rakyat semakin bertambah yang memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan. Kita sedia maklum jumlah penggangur yang masih tinggi perlu diatasi seberapa segera.

Di samping itu, juga sering kali Anwar berkata di Parlimen bahawa rakyat menghadapi pelbagai kesusahan dalam mengharungi kehidupan seharian. Kalau begitu, kenapa tidak dijanjikan sahaja dengan pemberian bantuan seperti wang tunai kepada golongan tersebut secara bulanan? Ini akan memperlihatkan kerajaan memerintah (jika menang PRU15) lebih bertanggungjawab terhadap permasalahan rakyat.

Akhir sekali, saya sehingga kini ingin mengetahui alasan sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad ingin menjalinkan semula kerjasama dengan Anwar sedangkan sudah berkali-kali Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengatakan mereka telah mendapat sokongan padu daripada rakyat.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.