Moga lantikan PM terus lonjak ekonomi negara

Moga lantikan PM terus lonjak ekonomi negara

KEDUDUKAN pasaran saham negara dijangka meningkat kembali selepas Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelesaikan krisis penetapan had siling hutang negara itu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEDUDUKAN pasaran saham tempatan menunjukkan lonjakan ketara dengan ringgit yang mempamerkan prestasi positif sebaik sahaja pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Peningkatan dan prestasi memberangsangkan ini dilihat selepas bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed) juga memberi petujuk bahawa ia akan mengambil langkah kurang agresif untuk menaikkan kadar faedah.

Saya melihat prestasi Bursa Malaysia kembali melepasi paras 1,500 mata pada Khamis lalu apabila ditutup pada 1,501.88 mata, naik 58.38 mata atau 4.04 peratus.

Paras tertinggi pernah dicatatkan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada penutup sejak 30 Ogos lalu iaitu 1,512.050 mata.

Saya berpendapat kenyataan Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Vincent Lau bahawa pengumuman Anwar sebagai Perdana Menteri baharu telah meningkatkan pasaran saham di perignkat domestik kerana ia memberi kejelasan dan kepastian kepada pelabur asing serta tempatan.

Moga pengumuman Fed juga sesuatu yang memberangsangkan dan membolehkan pasaran saham tempatan mendapat dua pemacu utama kerana pengumuman penting kepimpinan baharu negara.

Dalam sidang akhbar pertama Anwar sebagai Perdana Menteri juga memperlihatkan kepada kita perubahan yang akan dibawa termasuk mengkotakan beberapa janji yang telah dibuat semasa berkempen antaranya memberikan cuti umum, mengulangi ikrar untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan tersebut, memulihkan keyakinan rakyat dengan membentuk kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, beliau tetap mengalu-alukan penyertaan parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN).

Anwar turut menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dalam hal-hal melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Bagi mengukuhkan pentadbirannya pula. jawatan Timbalan Perdana Menteri berkemungkinan daripada BN dan kepada Sabah atau Sarawak akan diberikan.

Dalam sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 19 Disember ini, selain majlis mengangkat sumpah semua ahli Parlimen, agenda lain adalah membentangkan usul percaya kepada Perdana Menteri.

Usul percaya itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadapnya.

Sama-samalah kita mendoakan Anwar dapat meneruskan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini di samping mengangkat hak bumiputera dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Saya yakin kerajaan perpaduan pimpinan Anwar akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi seterusnya membawa perubahan kepada negara nanti.-UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Universiti Utara Malaysian (UUM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya