Mencari yang berkhidmat bukan Yang Berhormat - Utusan Malaysia

Mencari yang berkhidmat bukan Yang Berhormat

LAKUKAN solat istikharah bagi memohon petunjuk dari Allah SWT bagi memilih pemimpin terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARI ini, seluruh pengundi di Malaysia akan menunaikan hak masing-masing. Pastikan anda keluar mengundi, kerana satu undi boleh merubah corak pemerintahan negara. Bagi orang muda, usah mendengar cerita yang tidak benar. Diri anda sendiri dapat menilainya. Jangan biar orang lain menilai bagi pihak anda.

Anda akan hidup selama lima tahun di bawah pemerintahan kerajaan yang anda pangkah pada kertas undi. Mungkin anda tidak suka pada gabungan parti yang kurang baik pada mata anda, akan tetapi sebenarnya itu yang terbaik, akhirnya anda menyesal dengan tindakan terbabit.

Bagi orang Islam pula, sekiranya anda masih lagi terkeliru, campur tangan Tuhan amat penting. Anda boleh solat istikharah bagi mencari petunjuk daripada Allah SWT. Percayalah, anda pasti mendapat jawapan yang tepat.

Bagi seluruh pengundi, jika boleh undilah di waktu pagi, mungkin jika mengundi petang hujan lebat akan turun dan akan timbul bermacam masalah. Biasanya jika terjadi begini, anda akan malas untuk mengundi. Undi kita adalah bagi menentukan masa hadapan. Satu undi boleh menyebabkan anda menangis lima tahun akan datang.

Satu undi juga mampu menjahanamkan ekonomi negara jika tidak kena caranya. Pilih pemimpin yang mahu dikenali sebagai yang berkhidmat bukan Yang Berhormat. Ini yang paling penting. Pilihlah pemimpin ikhlas. Jawapan ada dalam hati masing-masing siapa yang ikhlas dan siapa yang culas.

Akhir sekali, selamat mengundi kepada seluruh warga Malaysia. Pemimpin ikhlas yang dicari agar hidup kita sentiasa dikelilingi orang-orang ikhlas. – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya