Mahasiswa perlu keluar beramai-ramai mengundi 19 Nov.

Mahasiswa perlu keluar beramai-ramai mengundi 19 Nov.

LANGKAH kerajaan memberi cuti lima hari kepada pelajar universiti perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GENDANG telah dipalu dan memberi isyarat bahawa gelanggang kini dibuka untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Jentera parti-parti politik dan calon-calon sudah masuk gelanggang bagi berentap merebut kuasa politik negara untuk mendirikan kerajaan baharu.

Pada tahun ini, buat pertama kali sejarah baharu bakal tercipta apabila PRU15 bukan sahaja membolehkan golongan muda berumur 18 tahun mengundi, malah menjadi calon pilihan raya. Seterusnya bakal menyaksikan hampir 1.4 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun keluar mengundi.

Saya sebagai mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan penentu siapa yang layak membentuk kerajaan.

Oleh itu, saya menyeru semua belia terutama mahasiswa agar keluar mengundi beramai-ramai untuk memilih calon dan parti yang akan dibentuk nanti.

Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan memberi cuti selama lima hari mulai 17 November ini dilihat sebagai menyokong dan ingin melihat kami menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ingatlah, satu undi penting untuk membentuk negara bangsa. Ramai-ramailah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan buatlah pilihan bijak pada 19 November nanti.

Kena ingat, keyakinan kita terhadap generasi muda bukan setakat sebagai pemimpin pelapis kepada kepemimpinan negeri dan negara pada masa akan datang, malah mereka jugalah bakal pemimpin matang dan  berkualiti yang diharapkan.-UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Pelajar Sarjana Muda Kewangan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.