Kenapa biar peluh warga Bangladesh tumpah? - Utusan Malaysia

Kenapa biar peluh warga Bangladesh tumpah?

BENARKAH dakwaan rakyat Malaysia tidak berminat bekerja di sektor kotor, bahaya dan sukar (3D)? – GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BENAR atau tidak kenyataan bahawa rakyat Malaysia tidak berminat bekerja di sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) walaupun mendapat tawaran gaji sangat menarik?

Seandainya anda seorang penganggur, agak-agak sanggupkah bekerja sebagai pekerja pembersihan pihak berkuasa tempatan (PBT), buruh di ladang sawit atau pekerja di tapak pembinaan?

Majoritinya saya berani jamin, tak nak bekerja di ketiga-tiga tempat yang disebutkan tadi. Sebab apa ini berlaku? Ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kehidupan seorang manusia sejak lahir lagi.

Sejak kecil, kita sebenarnya tak mahu kerja susah seperti ayah dan ibu. Kita rasa kasihan melihat mereka bekerja di sawah dan menangkap ikan di bawah panas terik.

Tetapi pernahkah kita bertanya kepada ibu bapa, kenapakah mereka bekerja dalam sektor demikian? Adakah mereka mempunyai pilihan? Saya rasa jika diberi pilihan, pasti mereka ingin kerja kerajaan, tetapi apa pilihan yang mereka ada?

Mengapakah ibu dan ayah ketika zaman itu sanggup bekerja dalam sektor 3D? Ini kerana demi masa hadapan anak anak mereka. Kalau boleh ibu bapa tidak mahu melihat generasi selepas mereka termasuk cucu-cicit hidup susah dan kerja pun tidak menjamin masa depan.

Ini kerana ibu bapa kita pada zaman dahulu ikhlas menganggap kerja itu ibadah. Saya rasa Keluarga Malaysia sekarang perlu bersedia juga untuk bekerja dalam sektor 3D.

Jika tidak, sampai bila kita mengharapkan titik peluh warga Bangladesh, Indonesia atau Pakistan tumpah di bumi Malaysia semata-mata mengharapkan rezeki yang halal di negara yang kita boleh gelar darul rahmat ini? – UTUSAN

FND @ IBNU ARASY DZIKRULLAH, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya