Pupuk semangat iqra’ dalam kalangan ummah

Pupuk semangat iqra’ dalam kalangan ummah

UMAT Islam wajar disuntik atau disedarkan kembali semangat iqra’ atau membaca yang diwariskan oleh para anbia kepada generasi manusia hari ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DAHSYATNYA ledakan teknologi bermaklumat melalui pelbagai aplikasi di telefon pintar secara tidak langsung membawa lebih banyak kesan negatif kepada pengguna.

Gambaran sebegini seolah-olah membuktikan orang Melayu disuburkan kembali dengan cara dan gaya hidup seperti masyarakat jahiliah zaman dahulu. Surah Yasin yang dibaca hanya sekadar sambil lalu, tidak pernah membekas sedikit pun untuk menyedarkan hati bahawa umur setiap manusia itu semakin pendek.

Ini berlaku kerana salah satu puncanya ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan umat terhadap pentingnya budaya membaca.

Antara kelebihan buku-buku berunsur motivasi dan dakwah ialah meyakinkan pembaca tentang kebenaran yang disusun oleh penulis berdasarkan fakta serta ambilan sumber sahih berpandu ulama mufasirin dan terdapat nasihat yang tepat daripada hukama.

Saya tertarik dengan kenyataan seorang munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurutnya, membaca buku motivasi dakwah dapat menjentik minda yang mampu membangkitkan manusia agar berfikir secara positif.

Selain itu, buku bacaan motivasi dakwah adalah saluran maklumat berupa penjelasan atau keterangan tepat atau panduan untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan kehidupan berbanding mendengar kuliah atau ceramah di YouTube kerana disampaikan secara umum sahaja. Berbeza dengan membaca bacaan berunsur motivasi atau dakwah akan terus melekat di hati.

Justeru, masyarakat umat Islam wajar disuntik atau disedarkan kembali semangat iqra’ atau membaca yang diwariskan oleh perawakan para anbia kepada generasi manusia hari ini.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya