Pilih antara nyawa atau gelaran YB - Utusan Malaysia

Pilih antara nyawa atau gelaran YB

‘BANJIR’ poster pilihan raya kurang bahaya jika dibandingkan banjir akibat hujan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP hujung tahun sejak dahulu, sekarang dan akan datang, semua tahu adalah musim tengkujuh.

Cuma tahun ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), insya-Allah negara ini akan menerima taburan hujan paling lebat.

Badan berautoriti itu menggunakan teknologi canggih terkini bagi mengetahui pembentukan awan yang boleh menghasilkan hujan lebat, bukan biasa-biasa.

Banyak pihak termasuk pihak tertinggi telah menasihati supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak diadakan pada tahun ini. Takkan nak tunggu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah pada hal-hal sebegini, barulah semua pihak akan akur?

Kalau kamu buta, jangan tanya jalan sama orang pekak, nanti orang pekak itu kata kiri, kamu masuk jalan kanan. Sebab orang pekak tu tidak dengar apa yang kamu cakap dan sudah jadi macam cerita ayam bercakap dengan itik.

Sebagai salah seorang ahli Keluarga Malaysia, saya harap pemimpin tertinggi negara, fahamilah kehendak seluruh rakyat yang hendakkan PRU15 diadakan tahun depan.

Banjir hujan lebih bahaya daripada ‘banjir’ poster pilihan raya. Kita baru sahaja okey sikit daripada ancaman virus Covid-19. Bayangkan sekolah anak-anak kita, andai takdir banjir buruk seperti 2004 berlaku, sekolah pasti menjadi tempat penempatan banjir sementara waktu.

Nak adakan pilihan rayakah dalam banjir di sekolah-sekolah terbabit? Kasihan kepada warga emas yang perlu ke sekolah dalam keadaan hujan lebat hanya semata-mata untuk memangkah (mengundi).

Maaf cakap pada Keluarga Malaysia, saya sebagai ahli bomba di wilayah utara ini, saya lebih sayangkan nyawa daripada pilihan raya. Nyawa tiada ganti tetapi pemimpin boleh diganti jika tidak amanah pada Keluarga Malaysia.

Jangan sampai pisang berbuah tiga kali, wahai Yang Berhormat (YB) ahli-ahli Parlimen. – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya