Lahir lebih ramai ikon seperti Laoshi - Utusan Malaysia

Lahir lebih ramai ikon seperti Laoshi

ROHANA Abdullah (kanan) bersama ibu angkatnya, Chee Hoi Lan. – UTUSAN/WAN REDZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGHARGAAN anugerah Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia yang diberikan kerajaan kepada Chee Hoi Lan, 84, atau dikenali sebagai Laoshi sempena sambutan Maulidur Rasul 2022 memberikan satu contoh baik kepada seluruh rakyat.

Ia memberi inspirasi kepada semua pihak agar sentiasa mewujudkan rasa kasih sayang dan mengangkat nilai-nilai murni lagi terpuji dalam jiwa seluruh masyarakat.

Penganugerahan kepada Laoshi adalah sangat tepat dan selayaknya dia diberikan anugerah tersebut dalam sambutan yang cukup bermakna bagi umat Islam, iaitu Maulidur Rasul.

Ini kerana nilai-nilai murni dan usaha yang dilakukan olehnya merupakan satu tindakan yang dipandang mulia dalam Islam walaupun dia berlainan agama dengan anak angkatnya.

Membesar dan memelihara seorang anak angkat beragama Islam seperti anak sendiri serta mengambil tanggungjawab memelihara tuntutan bagi agama anak angkatnya merupakan pengorbanan yang luar biasa.

Sebagai Muslim, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengurniakan hidayah dan kebaikan terbaik buat Laoshi yang sentiasa akan dikenang dalam sejarah negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua akhlak terpuji seperti ditunjukkan oleh Laoshi dan saya mengharapkan agar dikurniakan lebih ramai rakyat Malaysia yang mencontohi budi dan jasa dibuatnya untuk membesarkan anak angkat.

Kita boleh hidup makmur dan bahagia sebagai Keluarga Malaysia jika semua dapat membangunkan nilai murni dan akhlak terpuji dalam diri masing-masing. Semoga Malaysia dikurniakan lebih ramai individu seperti Laoshi. – UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya