Elak tekanan berlebihan dalam hidup - Utusan Malaysia

Elak tekanan berlebihan dalam hidup

SESEORANG yang mengalami stres boleh mengurangkannya segera dengan cara berurut. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERSEMPENA dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober lalu, saya ingin menyentuh tentang stres dan keresahan dalam kalangan remaja. Stres dan keresahan adalah penyakit yang berkait rapat.

Stres berlaku disebabkan terdapat tekanan berlebihan pada otak dan badan. Perasaan resah merupakan tindak balas semula jadi manusia apabila berhadapan dengan tekanan atau stres.

Keresahan adalah perasaan normal yang datang dan pergi serta tidak akan mengganggu sebarang aktiviti seharian seseorang. Sebahagian keresahan berpunca daripada stres, namun ia juga boleh berlaku walaupun tiada punca stres yang sebenar.

Kedua-dua keresahan dan stres boleh menyebabkan gejala-gejala fizikal dan mental seperti sakit kepala, sakit perut, jantung berdegup laju dan berpeluh.

Gejala lain ialah pening, senang terkejut, otot menegang, panik, resah, susah menumpukan perhatian, senang marah, tidak boleh duduk diam dan sukar tidur.

Remaja mempunyai banyak sebab untuk berasa resah. Peperiksaan, persekolahan, keluarga yang menaruh harapan tinggi serta pengaruh rakan sebaya adalah punca utama keresahan.

Remaja yang keresahan cenderung melakukan perbuatan tidak elok seperti ponteng sekolah, tidak mahu bersosial atau mengambil dadah dan alkohol.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkannya segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B. Antara kaedah ini termasuk bertenang, bernafas dengan dalam, berkata pada diri sendiri, “Saya stres, relaks.”

Kaedah lain adalah beribadah, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam serta berfikiran positif. Dengan melakukan kaedah 10B, kita dapat mengurangi impak stres pada tubuh seperti menggigil dan sakit kepala disebabkan oleh reaksi hormon adrenal pada tubuh.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi ­ zikal, emosi dan minda. – UTUSAN

FARAH ADEENA ISMAIL, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya