Wang tunai tidak mampu basmi kemiskinan - Utusan Malaysia

Wang tunai tidak mampu basmi kemiskinan

IDEA memberi wang tunai kepada rakyat bermula melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 2012.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

IDEA memberi wang tunai kepada rakyat bermula melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 2012 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah. Sebenarnya ia belum pernah menjadi amalan dan dasar kerajaan pada tahun-tahun sebelumnya.

BR1M juga merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Dasar ini pada permukaannya nampak murni dan baik, tetapi cuba kita gali dan bertanya, adakah dengan memberi wang tunai secara percuma adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah kemiskinan?

Dari segi ekosistem BR1M, ia tidak mampan kerana setiap tahun kos kerajaan akan meningkat sedangkan masalah utama rakyat bukan wang tunai tetapi isu yang lebih mendasar iaitu kemiskinan.

Masalah kemiskinan ialah persoalan mengenai akses kepada peluang pekerjaan, kadar upah dan aktiviti perniagaan. Hal-hal inilah yang akan membantu orang miskin untuk keluar dari jerat kemiskinan.

Apabila kita kaji masalah kemiskinan, ia juga berkait rapat dengan sikap manusia, teknologi dan taraf pendidikan rakyat.

Jika orang yang malas berusaha diberikan wang secara percuma setiap masa, adakah mereka menjadi rajin berusaha hingga dapat menyelesaikan masalah hidup dalam jangka masa panjang? Tidak.

Di sini berlaku kesilapan kerajaan terdahulu apabila memilih jalan pintas untuk mengelak dari menyelesaikan masalah kemiskinan, masalah sikap dan pendidikan rakyat dengan cara memberi wang tunai secara percuma.

Sepatutnya kita perlu memastikan rakyat rajin berusaha, mengambil peluang yang disediakan kerajaan, bersaing berani dengan pelbagai bangsa, bukan menadah tangan mengharap wang diberi kerajaan tanpa apa-apa usaha. – UTUSAN

MAHDZIR IBRAHIM, Ahli Jawatankuasa Penerangan, Gerakan Tanah Air (GTA) Pusat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.