GTA yakin tarik 25 peratus undi Melayu atas pagar

GTA yakin tarik 25 peratus undi Melayu atas pagar

PENGARUH Dr. Mahathir Mohamad pastinya mampu menarik pengundi Melayu atas pagar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti sepertimana pada PRU14 lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menarik lebih 25 peratus pengundi Melayu atas pagar untuk menyokong Gerakan Tanah Air (GTA).

Pada PRU14 lalu, pengaruh Dr. Mahathir berjaya menarik sokongan pengundi Melayu atas pagar seramai hampir 15 peratus. Pada 2018. walaupun ramai daripada orang Melayu marah serta kecewa kerana bergabung dengan DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pengaruh Dr. Mahathir tetap kuat untuk menarik sokongan rakyat.

Pada PRU15 ini, naratif wadah perjuangan GTA yang diterajui Dr. Mahathir amat jelas untuk menyatupadukan seterusnya memperkasakan semula bangsa Melayu.

Setakat ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada akar umbi. Agenda Melayu Dr. Mahathir bagi enjamin maruah keseluruhan orang Melayu dimartabatkan semula di samping menghormati hak kaum-kaum lain seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan amat disenangi oleh semua pihak.

Tambahan pula, GTA membuat satu pendirian tegas untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Anwar. Ini akan meningkatkan sokongan pengundi Melayu atas pagar.

Daripada gerak kerja kami di lapangan di beberapa negeri memperlihatkan sambutan rakyat pada program-program GTA amat baik. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan penubuhan GTA mendapat reaksi positif dan sambutan berkembang secara pesat serta amat cepat.

Saya juga tertarik membaca beberapa komen penganalisis politik yang masih mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal mengekalkan kuasa selepas PRU15 sebagai sesuatu yang amat skeptikal serta tidak tepat.

Para penganalisis politik bercakap dari perspektif teori dan kita bercakap berteraskan pengamatan gerak kerja di lapangan di seluruh negara. Menjadi satu kelaziman penganalisis politik bercakap untuk menyedapkan hati pemerintah kerana ramai yang berkhidmat dengan universiti-universiti awam yang juga mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Golongan ini tidak bercakap benar kerana mereka hanya mahu membisikkan beritaberita yang menyedapkan kerajaan semata-mata.

Syukur alhamdulillah, ketajaman dan kebijaksanaan pemikiran Dr. Mahathir yang mahukan penyatuan Melayu di bawah payung GTA bagi mentransformasikan nilai-nilai baharu pada jati diri serta semangat baharu orang Melayu bakal memacukan anak bangsa secara pantas ke era yang lebih cemerlang.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN