GTA akan terus berjuang walaupun diancam ‘peluru’ - Utusan Malaysia

GTA akan terus berjuang walaupun diancam ‘peluru’

SAMBUTAN orang Melayu di peringkat akar umbi kepada Gerakan Tanah Air (GTA) amat memberangsangkan. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAMBUTAN orang Melayu pada Gerakan Tanah Air (GTA) yang terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) amat memberangsangkan.

Untuk mempromosikan GTA kali ini amat mudah kerana ramai daripada orang Melayu menunjukkan minat yang tinggi dan yakin dengan wadah perjuangan gerakan ini.

Agenda perjuangan untuk memperkasakan semula kedudukan orang Melayu dan dalam masa sama menghormati hak bangsa asing disenangi semua pihak. Orang Melayu, Cina, India dan suku-suku lain amat selesa dengan wadah perjuangan GTA yang tidak bercorak ekstrem ataupun berbau perkauman.

Ia lebih bercorak kepada nasional, walaupun naratif perjuangan bertumpu kepada agenda Melayu. GTA berpaksikan pada perjuangan untuk memartabatkan serta memperkasakan semula maruah bangsa Melayu, di samping untuk menubuhkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah seterusnya membangunkan semula Malaysia Baharu demi kemakmuran seluruh bangsa.

Atas dasar inilah, kini ramai daripada rakyat jelata khususnya orang Melayu menghubungi kami untuk melibatkan diri dengan GTA. Suatu masa dahulu untuk kami mencari keahlian bagi parti politik, kena kerja kuat di lapangan bagi mendapatkan keahlian.

Tetapi kini berlaku sebaliknya, iaitu masyarakat akar umbi yang datang secara sukarela dan ikhlas kepada kami bagi menawarkan sokongan membantu wadah perjuangan GTA.

Pihak kami akan terus berpegang kepada prinsip kental melawan segala bentuk salah laku yang bakal menghancurkan bangsa dan negara. Bak kata pujangga Indonesia, Bapa Khairil Anwar: “Biarpun peluru menembusi kulit-kulit ku namun perjuangan akan tetap diteruskan…”. UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN, Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.