Bersyukur dengan apa yang ada - Utusan Malaysia

Bersyukur dengan apa yang ada

SUDAH lama Keluarga Malaysia diingatkan dengan bahaya amalan rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

TAKRIFAN amalan rasuah adalah memberi sesuatu itu sama ada dalam bentuk wang, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya.

Ia diberikan kepada orang tertentu yang tidak layak menerimanya. Lihat orang duduk sewa rumah tetapi mampu beli kereta mewah, amboi, amboi, amboi…(lirik lagu penyanyi Malaysia).

Walaupun lagu tersebut berbentuk irama rap, tetapi seni katanya menusuk ke dalam sanubari setiap Keluarga Malaysia.

Seingat saya, sudah lama kita diingatkan dengan bahaya amalan rasuah. Sudah banyak kempen dalam alam maya juga telah dimaklumkan kepada masyarakat.

Ingat tak kisah jerung dan ikan bilis? Kalau diberi pilihan bagi mengurangkan spesies kedua-duanya, apa yang akan anda lakukan. Adakah anda akan mengebom kedua-duanya, habis cerita?

Inilah sebenarnya perumpamaan antara golongan yang mengambil rasuah. Golongan jerung ini sebenarnya susah sikit hendak ditangkap. Dia punya mengelupur boleh tenggelam bot penangkap ikan.

Akan tetapi ikan bilis mudah ditangkap, tak mengelupur pun. Tidak kira jerung, ikan bilis atau paus, salah tetap salah.

Sekarang ini menurut perhatian saya sebagai pegawai badan berkanun, pelajar-pelajar sekolah harus difahamkan apa itu rasuah dan kesannya kepada negara.

Ikut sejarah, runtuhnya Kota Melaka kerana rasuah, runtuhnya sistem pemerintahan khalifah Uthmaniyah di Istanbul pada 3 Mac 1924 juga kerana rasuah.

Akhir zaman jangan tak tahu, dajal sebenar pun akan tawarkan rasuah bagi orang yang ingin menjadi pengikutnya.

Akhir sekali, jika tiada penawaran, masakan tiada pembeli. Inilah sebenarnya, realiti atau fantasi. Banyak kes orang yang menerima rasuah ditangkap. Kes orang yang menawarkan rasuah ditangkap kadang-kadang atau jarang-jarang. Sepatutnya seimbangkan.

Kita akan sambut Hari Malaysia tidak lama lagi. Utamakan diri, bebas daripada rasuah adalah prinsip paling utama. Bebas rasuah, bebas dadah, bebas dedah. – UTUSAN

IBNU ARASY, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.