Pendakap gigi palsu hanya bawa padah

Pendakap gigi palsu hanya bawa padah

JANGAN sesekali terpengaruh dengan iklan pendakap gigi palsu kononnya menawarkan rawatan gigi yang sempurna. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AMALAN memakai pendakap gigi palsu yang dilihat sebagai satu gaya atau fesyen bagi golongan remaja boleh memberikan kesan buruk terhadap susunan dan kesihatan gigi termasuk meragut nyawa kerana mengandungi bahan terlarang.

Namun begitu, masih terdapat sebilangan masyarakat masih tidak peduli dengan kesan buruknya malah beberapa individu tidak bertanggungjawab giat menawarkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi palsu demi keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada pemakai.

Pendakap gigi palsu mengandungi plumbum yang boleh menyebabkan alahan dan keracunan sementara gam digunakan pula mampu menghakis permukaan gigi.

Permukaan gigi yang dihiasi getah-getah ortodontik berwarna-warni dan berbentuk menarik kelihatan seperti aksesori boleh membawa keburukan pada kesihatan.

Kesan utama penggunaan pendakap gigi palsu yang paling digeruni adalah kawalan jangkitan semasa pemasangannya dan penggunaan peralatan yang bersih. Hal ini amat membimbangkan kerana peralatan yang digunakan tidak dinyahkuman terlebih dahulu.

Kesan seterusnya, pendakap gigi palsu boleh memusnahkan penjajaran gigi yang betul dan cenderung mendapat penyakit karies gigi, gusi berdarah, hakisan gigi dan kecederaan kepada tisu mulut kerana pemasangan tidak dilakukan di klinik atau premis kesihatan diiktiraf Kementerian Kesihatan.

Selain itu, tiada pemantauan berkala seperti selalu dilakukan jika membuat pendakap gigi yang betul di klinik. Setiap pemasangan pendakap gigi memerlukan pantauan rapi berkala dalam tempoh empat hingga enam minggu. Pemantauan berkala sangat penting untuk menjaga kebersihan dan memastikan gigi sentiasa berada dalam keadaan yang baik.-UTUSAN

SHARIFAH SHEIKHA ALHABSHEE SYED ABDUL RAHMAN
Pelajar Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN