Nilai ringgit dijangka kembali kukuh

Nilai ringgit dijangka kembali kukuh

NILAI ringgit berbanding dolar AS dijangka kembali kukuh dengan prospek ekonomi yang baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini kadar pertukaran asing ringgit mencecah RM4.45 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS) dan kadar ringgit berbanding satu dolar Singapura mencapai RM3.23. Dengan rekod kadar tukaran ini, ringgit dikatakan lemah.

Kelemahan ringgit dibimbangi kerana Malaysia banyak mengimport barangan makanan yang diproses. Ini akan menaikkan kos barangan diimport sekali gus menyebabkan inflasi domestik atau kenaikan kos sara hidup.

Kenaikan kos sara hidup sudah pun tinggi dengan kenaikan harga barang-barang asas dan kenaikan harga minyak mentah di pasaran global.

Saya berpendapat kelemahan nilai ringgit ini bersifat sementara. Dengan komitmen berterusan kepada rejim tukaran asing yang fleksibel, nilai ringgit dijangka lebih teguh kerana beberapa faktor termasuk pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Ekonomi semakin pulih dengan pembukaan sempadan. Kadar pertumbuhan ekonomi dijangka mantap pada kadar enam peratus setahun.

Kedua, prestasi baik syarikat dijangka berterusan apabila ekonomi terus pulih. Ini akan menggalakkan aliran masuk pelaburan asing.

Ketiga, polisi makro kerajaan yang stabil dan telus juga akan terus menyokong daya saing negara dan ini menggalakkan pelaburan asing masuk.

Keempat, dari semasa ke semasa, kerajaan mengambil langkah-langkah memperbaiki urus tadbir awam dan korporat. Usaha-usaha ini akan meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur kepada ekonomi Malaysia.

Kelima, Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang dalam menentukan polisi kewangan atau monetarinya.

Keenam, sebagai ekonomi terbuka, polisi kerajaan adalah menggalakkan pelaburan asing. Kemasukan pelaburan asing akan terus memperkuatkan kedudukan rizab antarabangsa dan menaikan nilai ringgit.

Kesimpulannya, nilai ringgit berbanding dolar AS dijangka kembali kukuh dengan prospek ekonomi yang baik dan aliran semula pelaburan asing kerana prestasi syarikat yang baik, ketelusan polisi makroekonomi dan usaha berterusan memperbaiki urustadbir awam dan korporat.

Selain itu, BNM masih mempunyai ruang untuk menggunakan polisi monetarinya.-UTUSAN

NASARUDDIN ARSHAD
Bekas pensyarah ekonomi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya