fbpx

Dr. M laksana agenda Melayu

SEJAK dari awal pembabitan Dr. Mahathir Mohamad dalam arena politik, beliau sudah pun memperjuangkan nasib orang Melayu secara amat konsisten sehingga kini.

SAUDARA PENGARANG,

TUN Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 berjaya melaksanakan agenda Melayu secara berkesan.

Langkah itu dibuat tanpa menganiayai hak kaum-kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Negara menjadi maju dan makmur dalam pelbagai segi serta bangsa Melayu amat berjaya di bawah pentadbirannya.

Ekonomi Melayu mula berkembang dan jumlah tenaga profesional Melayu amat menyerlah di bawah pentadbiran Dr. Mahathir. Pada waktu itu, kita dapat lihat ramai anak Melayu dalam bidang perubatan, kejuruteraan, arkitek, juruterbang dan guaman.

Sejak dari awal pembabitan Dr. Mahathir dalam arena politik, beliau sudah pun memperjuangkan nasib orang Melayu secara amat konsisten sehingga kini. Kebajikan orang Melayu dari peringkat bawah hingga atas amat terpelihara di bawah era kepimpinan emas beliau. Maruah Melayu berada di tahap paling tinggi ketika beliau mentadbir negara.

Malahan pada saat itu, Dr. Mahathir sendiri adalah sebuah ‘institusi’ yang dipandang tinggi oleh dunia luar. Tokoh pemimpin Melayu inilah juga yang membela kepentingan, keselamatan, keadilan dan maruah umat Islam sejagat. – UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN, Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!