Bimbang bilik sebesar keranda jadi trend

Bimbang bilik sebesar keranda jadi trend

KEADAAN bilik yang besar sedikit daripada keranda yang dikatakan disewa dengan harga RM300. – TWITTER BUNGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 31 Julai, pengguna Twitter, Bunga@flwrsxB membuat ciapan mengenai sewa bilik yang besar sedikit daripada keranda yang dikatakan disewa dengan harga RM300.

Bilik berkenaan didakwa terletak di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur dikenakan sewa mahal kerana dikatakan paling dekat dengan Stesen transit aliran ringan (LRT), pusat beli-belah terkenal dan mempunyai pemandangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Pada masa sama, pemilik rumah itu turut menyediakan kelengkapan asas dan sebuah tilam bujang kepada bakal penyewa.

Ciapan itu mendapat banyak komen yang menyatakan realiti menyedihkan yang sebelum ini hanya boleh dilihat di Hong Kong adalah perkara biasa di kawasan bandar negara ini.

Ada yang memberi komen bilik dengan harga sama juga terdapat di Shah Alam, Selangor apabila dikatakan sebuah rumah diletak dinding penghadang bagi mewujudkan sembilan bilik.

Jika perkara benar seperti yang didakwa ia adalah sesuatu yang menyedihkan apabila manusia kini umpama binatang yang dikurung di dalam sangkar.

Kemusykilan yang ingin saya luahkan di sini adakah pemilik rumah yang melakukan kerja ubah suai pada struktur bangunan masing-masing telah memohon kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membuat binaan tambahan.

Perkara tersebut adalah penting untuk keselamatan apabila kerja-kerja menyelamat perlu dilakukan ketika kebakaran.-UTUSAN

HAJI HAMZAH
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya