Anwar bukan gagal tapi dikhianati ahli parti

Anwar bukan gagal tapi dikhianati ahli parti

KERATAN akhbar Utusan Malaysia, 25 Julai 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin memberi respons kenyataan di ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk Politik huru-hara sebab Anwar? yang disiarkan pada 25 Julai lalu. Agak skeptikal kenyataan tersebut malah boleh dianggap terlalu bersifat emosional tanpa disandarkan hujahan ataupun fakta sebenar.

Sebagai bukti nyata perkembangan mutakhir di Dewan Rakyat baru-baru ini sekali lagi mengejutkan ketika Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti yang sedang rancak dibahaskan, namun kenyataan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak jelas sama ada beliau mahu menyokong akta itu atau sebaliknya.

Pada hemat saya, sekiranya RUU tersebut diluluskan sebulat suara akan memberi petanda sangat positif dan ini akan menjamin kelangsungan masa depan politik negara termasuk menghormati pilihan rakyat di dalam pilihan raya umum.

Kenyataan Dr. Mahathir itu seolah-olah merestui mereka yang telah melompat parti dan menganggap tindakan tersebut tidak salah seperti ‘Langkah Shareton’ yang menjadi salah satu punca kerajaan pilihan rakyat tumbang seterusnya politik negara terumbang-ambing.

Jadi persoalannya, adakah Langkah Sheraton dikatakan salah satu agenda tersembunyi dirancang Dr. Mahathir untuk menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan? Atau tindakan itu hanya kerana membenci Anwar dan lebih rela kepimpinan negara dilepaskan ke tangan pemimpin lain asalkan ketua pembangkang itu tidak menjadi seorang perdana menteri sampai bila-bila?

Maka jelas di sini Anwar bukanlah gagal dalam erti kata sebenar untuk menjadi seorang perdana menteri tetapi ditikam dari belakang oleh seteru politiknya sejak dari dahulu lagi sehingga dipenjarakan bertahun lamanya. Bahkan musuh politiknya bukan datang dari UMNO atau parti lawan tetapi partinya sendiri yang mengkhianati (kartel-kartel PKR).-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN