Pilihlah individu bermoral jadi ikon

Pilihlah individu bermoral jadi ikon

KEHADIRAN seorang pempengaruh ke sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur untuk berkongsi kisah hidupnya dengan pelajar menerima kecaman teruk daripada netizen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HANGAT diperkatakan mengenai kehadiran seorang pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa ke salah sebuah sekolah untuk menyampaikan sesi ceramah Cerita Orang Gagal (COG).

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik hasrat murni pihak sekolah untuk mengetengahkan kisah orang-orang yang pernah gagal tetapi akhirnya berjaya untuk dijadikan inspirasi kepada para pelajar.

Namun, kami melihat mana-mana ikon atau pempengaruh yang dijemput mestilah dalam kalangan mereka yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk generasi pelajar.

Kita mempunyai ramai bakat anak muda yang hebat dan berjaya dalam pelbagai industri untuk dijadikan ikon dan pempengaruh kepada para pelajar.

Pempengaruh yang berjaya dalam bidang masing-masing serta memiliki akhlak dan moral tinggi wajar dijemput ke sekolahsekolah untuk menjadi ikutan baik kepada para pelajar meskipun mereka dari latar belakang yang pernah gagal sebelum ini dan berdepan ujian dalam kehidupan.

Pihak sekolah perlu menapis manamana ikon yang ingin dijemput dan mengikut prosedur ditetapkan agar hero yang ditonjolkan nanti memberikan nilai positif dalam diri pelajar.

Membawa ikon yang tidak bersesuaian akan memberikan mesej negatif dan mengundang cara  fikir salah dalam kalangan pelajar kerana mereka masih mentah dan belum sempurna tahap kematangan.

Sekolah wajar menjadi premis terbaik untuk membangun intelek, bakat dan jati diri murid. Maka tidak wajar menjemput mana-mana individu yang rendah moral dan adab dijadikan ikon dalam mengisi program motivasi dan pembinaan generasi.-UTUSAN

MOHD. AZIZEE HASAN
Presiden i-Guru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN