Rakyat digalak berkebun atasi krisis makanan

Rakyat digalak berkebun atasi krisis makanan

Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan pada 20 Disember 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah untuk tanaman jangka pendek dan perkebunan cara berkelompok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEKURITI makanan adalah akses setiap penduduk mempunyai makanan yang cukup untuk hidup. Tiga komponen utama dalam sekuriti makanan adalah pengeluaran yang cukup, penawaran stabil dan segmen penduduk terpencil serta tersisih mempunyai akses kepada makanan.

Perang Dunia Kedua mengajar kita mengenai kepentingan sekuriti makanan terutama apabila krisis peperangan atau darurat berlaku. Pada 1960-an, fokus program sekuriti makanan lebih bertumpu kepada penawaran beras, iaitu makanan ruji bagi semua kumpulan etnik.

Malaysia, seperti negara-negara Asia lain turut melancarkan Revolusi Hijau untuk meningkatkan pengeluaran beras. Revolusi ini menampilkan pencapaian tahap sara diri dalam beras yang tinggi pada 1970-an mencapai tahap 80 hingga 85 peratus.

Era 1980-an dan 1990-an membawa perubahan struktur ekonomi daripada berlandaskan eksport pertanian kepada ekonomi yang dipandu sektor pembuatan. Pembangunan pesat sektor pembuatan memberi kesan ke atas sektor pertanian.

Justeru, berdasarkan situasi semasa, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi baru-baru ini memutuskan lima langkah segera bagi menjamin sekuriti makanan negara. Ia membabitkan kerjasama kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan dan kerajaan negeri, kerjasama awam dan swasta serta jaminan pasaran hasil pertanian diusahakan oleh peladang dan petani.

Rakyat di peringkat mikro juga sudah sampai masanya menyahut seruan kerajaan untuk mengusahakan tanaman di ruang kosong sama ada di kampung, taman perumahan mahupun tanah persendirian. Rakyat perlu mengubah sikap memanfaatkan waktu senggang untuk berkebun sekurang-kurangnya bagi kegunaan sendiri dan jiran tetangga.

Dalam pada itu, Kempen Buku Hijau 2.0 perlu digerakkan kembali dengan mekanisme lebih moden bagi mengajak rakyat berkebun dengan elemen lebih segar melibatkan golongan muda.

Apabila kegiatan berkebun dilaksanakan, ancaman sekuriti makanan dapat diatasi seperti disarankan oleh kerajaan secara jangka pendek dan jangka panjang. Dalam masa sama, harga bagi keperluan asas dapat diturunkan dan meningkatkan semula kuasa beli rakyat.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pertanian & Industri Makanan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya