Pendekatan pengurusan punca Penang FC corot? - Utusan Malaysia

Pendekatan pengurusan punca Penang FC corot?

PARA pemain Penang FC gagal memberikan aksi terbaik apabila mereka berdepan masalah kecergasan selain hilang dua penyerang utama. – FACEBOOK PENANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memanggil semula pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula menjadi buah mulut dan pertikaian banyak pihak yang tidak berpuas hati.

Namun, De Paula tidak melatah sebaliknya membalas kepercayaan yang diberikan oleh Pan Gon semasa aksi bertemu Brunei. Cuma gaya permainan Liridon Krasniqi yang dilihat masih tidak berubah sehingga menyebabkan rentak permainan pasukan Harimau Malaya menjadi perlahan dan tidak menarik menimbulkan sedikit kekesalan dalam kalangan penyokong.

Selain itu, permainan yang ditunjukkan oleh pemain tempatan seperti Shameer Kuty Abaa, Shafik Ahmad dan Faisal Halim membuktikan kreativiti di atas padang malah tampak menyerlah di depan gawang gol lawan ketika menentang Brunei dan Hong Kong, baru-baru ini.

Untuk makluman, pemain-pemain tersebut dari Pulau Mutiara tetapi mereka tampak lebih menonjol apabila menyertai pasukan kelab/negeri lain berbanding bermain di tempat kelahiran iaitu Pulau Pinang.

Mungkin terdapat masalah dalaman di pihak pengurusan yang dilihat kurang bijak serta tidak bersikap proaktif dalam menjaga kebajikan sehingga mendorong ramai pemain yang bernilai angkat kaki berhijrah ke pasukan lain.

Agak kesal juga pendekatan yang digunakan oleh pengurusan Penang FC yang memecat Thomas Trucha dan pada masa sama mengumumkan lebih awal pelantikan Manzur Azwira sebagai ketua jurulatih akan datang.

Natijahnya, akibat pengurusan Penang FC yang kurang cekap menjadi punca utama prestasi pemain menjunam teruk pada musim ini selepas menduduki tangga paling corot.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN