Kumpulan pelaksana dicadang isi kekosongan P&P - Utusan Malaysia

Kumpulan pelaksana dicadang isi kekosongan P&P

RAMAI penjawat awam yang mengekalkan prestasi kerja sebanyak 85 peratus dan ke atas tetapi tidak diambil kira dalam markah peperiksaan secara dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH lama kita mendengar rungutan sama dalam kalangan penjawat awam kumpulan pelaksana kerana mereka kurang mendapat keistimewaan dan kemudahan berbanding pegawai di gred pengurusan dan profesional (P&P).

Walaupun, majoriti penjawat awam kumpulan pelaksana telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah, mereka masih kekal bertugas di gred sama.

Urusan naik pangkat melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) atau Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dari gred pelaksana ke gred P&P kelihatan sunyi tanpa berita.

Kalau hendak diharap kepada skim perkhidmatan bersepadu yang memperuntukkan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP), bukan semua penjawat awam bernasib baik seperti rakan-rakan dalam skim perkhidmatan tertentu, contohnya artis budaya, pegawai latihan vokasional, pegawai pendidikan (DG/DH), pendaftaran, imigresen dan jururawat.

Permohonan jawatan ke gred P&P melalui saluran terbuka seperti di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pula nampaknya seperti tidak menyebelahi anggota pelaksana yang sedang berkhidmat.

Cara yang lebih sesuai adalah kumpulan yang sedang berkhidmat melalui satu proses pemilihan khas untuk ke jawatan P&P kerana mereka berkongsi ciri dan elemen sama.

Kerajaan dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) boleh merangka satu sistem pemilihan khas yang akan memadankan kelayakan ijazah pemohon dengan pengalaman bertugas dan keperluan di sektor perkhidmatan awam.

Melalui cara ini, setiap pemohon akan dikategorikan dalam kumpulan kemahiran/kelayakan tertentu seperti kewangan, pendidikan, diplomatik, ekonomi dan sosial.

Pemohon yang berjaya melalui proses pemilihan ini akan ditukar lantik ke jawatan P&P dalam skim perkhidmatan yang sesuai. – UTUSAN

PEMEGANG IJAZAH, Kuala Ketil, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN