BN terpesong dari landasan sebenar? - Utusan Malaysia

BN terpesong dari landasan sebenar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat yang menyatakan BN perlu menang untuk menyelamatkan negara. Izinkan saya berbeza pendapat tentang hal ini.

Hari ini kita dapat melihat bagaimana kebanyakan pemimpin UMNO/BN terpalit dengan isu rasuah yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia.

Tok Mat mungkin lupa, kerajaan hari ini dilihat tidak stabil setelah berjaya menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada awal 2020. Malah sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), banyak pelabur yakin untuk melabur di negara kita. Namun, trend itu tidak kekal setelah berlakunya ‘Langkah Sheraton.’

Alasan dangkal apabila menyatakan kerana kerajaan hari ini tidak dominan, maka pemimpin BN yang mempunyai jawatan di peringkat Persekutuan tidak mampu melakukan tugas-tugas mereka. Jika pun mereka tidak mendominasi, namun mereka punya jawatan menteri.

Oleh itu, gerak kerja seharusnya dapat diterjemahkan jika ingin meyakinkan rakyat. Malah tangan mereka langsung tidak terikat memandangkan memorandum persefahaman (MoU) dimeterai untuk membantu rakyat.

Kenyataan Tok Mat juga jelas menunjukkan pemimpin BN tidak bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat sebaliknya cuma dahagakan kuasa dan mementingkan poket.

Jangan lupa, Perdana Menteri hari ini adalah dari UMNO/BN. Jadi, bagaimana mungkin mereka mempunyai limitasi memandangkan ketua pentadbir negara dalam kalangan mereka juga?

Tok Mat tidak perlu lagi menjaja isu kestabilan politik dan sebagainya. Hakikatnya, negara dilihat bergolak akibat tangan-tangan individu tertentu yang sengaja menjatuhkan kerajaan PH termasuklah dalam kalangan mereka sendiri.

Jika negara mahu diselamatkan, PH adalah pilihan terbaik dan bukan sebaliknya.-UTUSAN

YUSLAINI AZMI
Setiausaha Wanita PKR Cabang Batu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN